Konvokesyen Kali Kedua : Hari Untuk Ayah Ibu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Konvokesyen kali kedua
Konvokesyen kali kedua

Syukur Alhamdulillah selepas lebih kurang setahun 6 bulan berkorban tenaga dan masa akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih buat ma abah yang memahami dan sentiasa menyokong anaknya. Terima kasih buat isteri yang menjadi ayah ibu buat anak-anak selama tempoh saya belajar. Terima kasih buat Abang Afif yang mengubat hati dan fikiran kusut papa semasa belajar. Syukur syukur alhamdulillah.

Seronok saya melihat teletah adik-adik yang konvokesyen buat kali pertama, terpapar senyuman di wajah mereka. Paling melebar tersenyum adalah ayah ibu mereka, ya lah konvokesyen adalah hari untuk ayah ibu, hari meraikan kejayaan anak mereka. Tahniah buat semua.

Gembira…. Ya saya sangat gembira kerana mampu mengembirakan hati ma abah serta isteri dan anak anak. Semua ini untuk mereka.

Wanita di sebalik kejayaan ini
Wanita di sebalik kejayaan ini
Saudara Seperjuangan
Saudara Seperjuangan

Tapi kegembiraan konvokesyen kali ini tidak seperti 7 tahun yang lalu, excited konvokesyen masa itu lain sikit mungkin sebab berasa gembira kerana dapat menamatkan pelajaran di Universiti. Tapi bila Konvokesyen kali kedua ni excited dia kurang, tapi seornok tetap seronok dan gembira tetap gembira. Mungkin faktor usia juga. Hehehehe..

Jika dulu meraikan hari konvokesyen hanya bersama ma abah dan keluarga serta sebagai lelaki bujang. Di Konvokesyen kali kedua pula meraikan bersama ma abah, isteri, anak-anak dan keluarga sebagai seorang anak, seorang suami dan seorang bapa. Adakah akan ada konvokesyen kali ketiga dalam hidup saya? Adakah konvokesyen kali ketiga saya sebagai seorang datuk kepada cucu saya?

Selapas Konvokesyen kali kedua, saya mula berangan-angan untuk konvokesyen kali ketiga. Insyallah, bila tiba masanya nanti.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Konvokesyen Kali Kedua : Hari Untuk Ayah Ibu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.