Menyusahkan Laluan Sehala Di Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Saudaraku…

Sudah lama saya tidak masuk ke Bandar Petaling Jaya sekitar Jalan Sultan dan Jalan Selangor kawasan berhampira  sekitar kawasan Pejabat Pendaftaran. Saya banyak jalankan urusan di Seksyen 14 Petaling Jaya.

image
Laluan Sehala

Selama 3 minggu ini saya mengikuti kursus sekitar sini, terpaksa saya tempuhi kawasan Bandar Petaling Jaya. Memang saya sudah tahu yang jalan sekitar sini ditukarkan kepada laluan sehala. Memang menyusahkan laluan sehala di Petaling Jaya bagi saya. Kerana saya perlu rancang perjalanan saya jika tidak saya terpaksa membuat satu pusingan dari Amcorp Mall hingga ke Seksyen 14.

Tapi lebih mengejutkan lagi menyusahkan laluan sehala di sekitar sini ditukarkan lagi hala nya pada minggu ini. Memang mengejutkan. Perubahan drastik dilakukan dalam masa yang singkat pasti akan mengelirukan orang ramai dan pengguna jalan raya.

Dalam masa yang pendek arah laluan di ubah lagi. Bagi saya sepatutnya pihak bertanggung jawab perlu membuat kajian yang terperinci sebelum membuat sesuatu keputusan seperti ini. Kajian trend lalulintas perlu dilakukan dan modelling lalulintas dilakukan sebelum satu keputusan dibuat dan dikuatkuasakan.

Memang bagus niat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tapi banyak lagi faktor yang perlu di lihat seperti dari segi keselamatan pejalan kaki dan kenderaan kecil (laluan sehala 5 lorong dan tiada jejantas di depan Amcorp Mall) dan trend pemanduan di Malaysia.

Entri ini bukan ingin tunjuk pandai, apatah lagi nak berlagak tapi sekadar berkongsi pandangan saya.

Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin.
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat
13 April 2018, sudah dikeluarkan di Jepun jam G-Shock edisi logam penuh berwarna Gold dan
Semalam sempat menonton filem The Founder. Filem ni memang dah lama ada dalam koleksi tapi
(Visited 11 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Menyusahkan Laluan Sehala Di Petaling Jaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge