Petanda Anak Sudah Besar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku…

Agak sunyi blog daddydee.net kebelakangan ini, minta ampun minta maaf tuan tanah kedaung ini memang sibuk dengan tugas offline dan paling banyak buat-buat sibuk sebenarnya. Banyak yang melanda dalam hidup saya kebelakangan ini tapi Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi semua terubat apabila pulang kerumah bersama keluarga terutama anak-anak. Sedar tidak sedar anak sulung saya pun sudah besar.

#1 Petanda Anak Sudah Besar

Suatu malam sedang kami suami isteri sedang rancak berbual, Haiqal anak sulung kami masuk menyapa.

‘Hi, papa hi, mama’ sapa Haiqal.

‘Sayang mama sayang papa’ sambung Haiqal lagi. Kami berpandangan sesama sendiri. Pelik kelakuan Haiqal pada malam ini.

‘Haiqal nak apa? Mari sini’ tanya saya pada Haiqal. Haiqal datang.

Suatu haruman menusuk melalui rongg hidung terus ke jantung hati – ada bau asyemmm. Rupanya Haiqal dah melepas.

#2 Petanda Anak Sudah Besar

Seperti biasa, Haiqal malam itu sibuk bermain dengan kereta Hotwheel dia. Main kejar-kejar, ntah apalah imiginasi di dalam kepalanya. Saya berjalan sedikit terhencut-hencut kesakitan kerana baru lepas tersepak kerusi.

‘Papa kenapa?’ Tanya Haiqal.

‘Sakit kaki. Papa tersepak kerusi’ Jawab saya pada Haiqal.

‘Tu la, jalan tengok elok-elok. Kan dah sakit.’ tegur Haiqal – ada gaya opah dan mama nya di situ.

‘Hehehehehe’ saya hanya tergelak mendengar muut becoknya.

‘Orang cakap betul-betul. Gelak pula’ bidas Haiqal. Dah gaya orang dewasa. Hanya mampu tersenyum dengan bebelan anak saya yang sudah besar itu.

Petanda anak sudah besar
Hero Tepong Komak

Sungguh cepat masa berlalu, dulu masa mula-mula blog ini dibuat Haiqal masih kecil. Kini Haiqal sudah menjadi abang dan makin betah berbicara. Semoga abang dan adik akan membesar menjadi anak-anak yang taat pada agama Islam dan hormat kepada orang tua. Amin.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bila anak sudah besar makin banyak ragam nya.
Semalam saja Up satu status di Facebook pasal bengang dengan Plan Celcom First, yup berkenaan
Stress? Semua orang ada stress. Masalah? Semua orang ada masalah. Marah? Semua orang ada perasaan
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
(Visited 28 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Petanda Anak Sudah Besar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.