Juara Pencetus Ummah Musim Ke 2

Assalammualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Semalam telah berlangsung Mimbar Akhir Pencetus Ummah Musim Ke-2, yang menyaksikan persaingan empat Pencetus Ummah iaitu PU Lokhman, PU Yusof, PU Faiz dan PU Azman. Mereka berempat ni boleh kata sama hebat sama handal.

Persembahan PU Pu memang amat mantap sekali. Kegemaran saya persembahan dari PU Faiz yang menggunakan pendekatan puitis yang padu. Kalau dengar memang bunyi cam lagu balada 90-an pun ada, bait-bait kata-kata yang indah sekali tapi ada maksud tersirat dan padat.

PU Azman pula persembahan yang bersahaja dan sinis tapi padu menusuk ke kalbu. PU Yusof memang satu persembahan yang tidak dapat di sangkal lagi, seorang motivator yang hebat dengan gaya persembahan dan bahasa yang meyakinkan. Begitu juga dengan PU Lokhman.

Keputusan Mimbar Akhir Pencetus Ummah Musim Ke-2 menyaksikan PU Azman muncul sebagai Juara Pencetus Ummah Musim ke-2. PU Faiz di tempat kedua diikuti dengan PU Yusof dan PU Lokhman.

Keputusan Pencetus Ummah Musim ke-2
Keputusan Pencetus Ummah Musim ke-2

Pengadil pun leh tahan juga hebatnya dengan Kak Beth, UKE, DMFK dan Opick. Persembahan pembukaan oleh PU Hafiz juga memang mantap, dan juga persembahan selingan dari UKE, Mawi ft Hazama & Dali serta Opick.

Tazkirah UKE memang padu, menyayangi anak Yatim, betapa sinisnya masyarakat kita memandang anak yatim dan orang miskin. Perkongsian pengalaman hidup beliau yang membuatkan saya menitiskan air mata.

PS: Kecewa dengan Astro masih tiada signal masa hujan lebat. Kacau sekejap feel nonton.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
(Visited 27 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Juara Pencetus Ummah Musim Ke 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.