Media Tidak Menggambarkan Hal Sebenar Di Kelantan

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Pertamanya saya mohon pada semua pembaca blog Daddydee.net ini agar bersama mengangkat tangan mendoakan agar kesemua mangsa banjir di Pantai Timur, terutamanya di Kelantan agar sentiasa berada di bawah rahmat-Nya dan semoga mereka semua akan bersabar menghadapi ujian ini.

Banjir di Kelantan
Jalan Dah bagai sungai
Sedikit Gambar Banjir di Tumpat
Kerosakan harta benda

Sedih dan kecewa kerana media kita masih ada sentimen tertentu. Laporan dalam media tidak menggambarkan hal sebenar di Kelantan sekarang ini. Kalau tengok berita bagai isu Banjir di Kelantan seperti banjir biasa. Seperti tiada apa apa walhal jumlah mangsa mencecah 90,000 orang mangsa.

Kenapa hal sebenar tidak dilaporkan? Memang sukar digambarkan apabila kawasan tanah tinggi tiba-tiba di landa banjir besar. Jika di kawasan Hulu banjir pasti lambat atau cepat kawasan hilir pula akan menyusul. Itu yang terjadi kini, jika sekarang ini kawasan Kuala Krai mula surut dan kini kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu pula.

Ada yang menafikan dengan menyatakan bekalan makanan semua cukup. Tapi hakikatnya ada mangsa banjir yang hampir 4 hari tidak menjamah makanan. LEbih sedih apabila melihat keadaan orang tua dan anak kecil.

Lagi menyulitkan apabila tiada bekalan elektrik dan tiada liputan talian telefon. Semalam seharian saya sendiri tidak dapat menghubungi kampung halaman. Risau juga hanya jam 12 tengah malam semalam baru dapat membuat panggilan ke kampung.

Bekalan minyak petrol juga sudah terhad di kawasan kampung saya, kebanyakan jalan menghubungkan kawasan saya ke bandar Kota Bharu sudah di tenggelami air. Bekalan makanan juga terhad. Risau sangat tak tergambar dengan kata-kata sebenarnya hanya mampu panjatkan doa buat mereka disana.

Dapat maklumat kawan-kawan di sana juga banyak harta benda yang rosak teruk, jalan juga rosak. Kawasan Bandar Tumpat memang di tenggelami air banjir.

Gambar Selepas Banjir Di Kelantan:

Selepas Banjir

Semoga semua mangsa tabah menghadapi semua ujian ini.

Buat semua yang terlibat dalam aktiviti menyelemat anda semua adalah wira terhebat. Terima kasih.

PS: Saya tak dapat bayangkan kalau saya adalah mangsa. Dan buat media tolonglah laporkan hal sebenar

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Media Tidak Menggambarkan Hal Sebenar Di Kelantan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge