Tahniah Harimau Malaya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah Harimau Malaya kerana mempamerkan persembahan yang menarik dan menghiburkan semua penyokong di perlawanan akhir AFF 2014 di Stadium Bukit Jalil semalam. Satu persembahan yang mantap dan hebat menyaksikan Malaysia menang ke atas Thailand 3-2 tapi kalah dari segi agreggat 3-4.

Tahniah Harimau Malaya
Tahniah Harimau Malaya

Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan jaringan penalti Safiq Rahim dan tandukan dari Indra Putra sebelum tamat separuh masa pertama. Safiq Rahim menambah satu lagi gol di separuh masa ke dua melalui sepakan percuma sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan. Namun Thailand bangkit saat akhir di 10 minit terakhir dengan dua jaringan.

Semalam memang satu persembahan terbaik dari Harimau Malaya. Pujian secara individu buat Farizal, Afif, Zubir, Kunalan, Indra Putra, Mat Yo, Piya, Amri, Safiq Rahim dan Shukor Adan. Memang satu persembahan permainan berpasukan yang hebat dari mereka.

Tahniah juga buat pemain ke-12 Malaysia, kalian memang hebat.

Terima kasih juga buat Shukor Adan di atas perlawanan terakhir beliau untuk pasukan Malaysia. Beliau mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Tahniah Harimau Malaya. Selamanya Harimau Malaya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia
(Visited 17 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Tahniah Harimau Malaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge