Impian Untuk Miliki Perpustakaan Mini dan Small Office

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Buku di Big Bad Wolf
Buku di Big Bad Wolf

Sememangnya menjadi impian Pakcik dari sejak zaman belajar lagi untuk ada sebuah Perpustakaan MIni dan Small Office di rumah. Angan-angan yang pakcik simpan sejak dari dulu lagi.

Nak kata pakcik rajin membaca tidak juga tapi pakcik rajin membeli buku. Dekat rumah rasanya dah boleh dua shelf buku bacaan tidak termasuk dengan buku rujukan zaman belajar dan juga novel-novel isteri pakcik.

Pakcik baca novel cinta? Tolong tepi sikit ya. Da bangka agaknya pakcik ni tak reti dah nak feel novel cinta. Novel Ramli Awang Murshid – itu memang fevret pakcik selain novel indie. Hehehehe

Lagipun pakcik sebolehnya nak juga terapkan minat membaca dalam diri anak-anak pakcik. Biar bila mereka lihat rumah ada mini library mereka pun akan turut minat untuk membaca buku. Melentur buluh biar dari rebungnya betul tak? Dok gitu?

Big Bad Wolf Memang Jahat

Tahun 2014, kali ke-2 pakcik ke Big Bad Wolf di Mines, Serdang. Tahun lepas pakcik dah pergi sekali.

Big Bad Wolf memang jahat sekali kalau pakcik pergi tak habis RM100 memang tak sah, memang patut namanya Big Bad Wolf. Memang hangus poket pakcik. Buku tahun lepas tak habis baca lagi tapi tahun ni pakcik tambah lagi koleksi. (Tahun ni tu 2014 tau….Feel 2015 masih tak rasa lagi ni)

Ancuran Big Bad Wolf tahun 2014 lebih baik dari 2013. Semakin meningkat dari tahun ke tahun. Apa yang penting harga bukunya memang menarik sekali walaupun jenuh nak cari satu buku. Hahahaha

Big Bad Wolf 2014
Big Bad Wolf 2014

Big Bad Wolf memang menjadi antara sumber utama buku-buku yang bakal pakcik susun dalam perpustakaan mini dan small office pakcik nanti. *Pakcik masih angan-angan*

Konsep Perpustakaan Mini dan Small Office

Tiada konsep yang canggih tapi cukuplah kalau dapat ada satu ruang kecil yang berukuran 8 kaki x 8 kaki untuk menempatkan sebuah meja tulis dan satu kerusi serta satu shelf book dan rak fail. Disertakan dengan warna tona cat yang lembut untuk menaikan mood membaca. Pencahayaan menggunalan satu lampu meja dan juga lapu LED T-5.

Konsep Small Office di Rumah (Sumber dari google)
Konsep Small Office di Rumah (Sumber dari google)

Konsep ringkas tapi cukup untuk memberikan ruang yang selesa dan fokus semasa menelaah. Memang dari dulu saya impikan semua ini.

Insyallah akan saya jadikan ianya kenyataan di tahun 2015.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 40 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Impian Untuk Miliki Perpustakaan Mini dan Small Office”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge