Jangan Malu Untuk Belajar

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dating berdua dengan Abang Haiqal
Dating berdua dengan Abang Haiqal

Petang tadi, hanya berdua bermadu cinta, membelai kasih sayang antara papa dan anak sulungnya. Memang sering kali saya bersama Aabang Haiqal meluangkan masa bersama bila mama dan adik Afina tidak dapat bersama.

Tadi kami menuju ke Taman Metropolitan Kepong, saja nak bawa Abang Haiqal merasa main layang-layang. Tiba di bulatan Jalan Ipoh, abang Haiqal yang dari tadi membebel tukar topik perbualan sekejap.

Abang: Tu bas sekolah baru ke?
Papa: Bukan. Tu bukan bas sekolah
Abang : Owh… Bukan ke. Bas sekolah warna kuning. Tu apa?
Papa: Tu bas express la abang.
Abang: owhhhhh…. bas ex….. ahhhh haiqal tak tahu la.

Dengar papa dia gelak je. Abang sambung lagi.

Abang: Haiqal tak tahu la…. jangan la suka je. Nanti Haiqal belajar la.

Jangan Malu Untuk Belajar

Tersenyum apabila mengingatkan teletah Abang Haiqal. Memang itulah antara kerenah dan teletah abang Haiqal yang membuatkan kami sentiasa tertawa dan senyum. Dia dan Adik Afina memang madu dan penawar dalam hidup kami.

Benar cakap orang tua ‘Anak kecil tidak pandai berbohong’. Itulah yang terjadi, Abang Haiqal tanpa malu untuk mengaku dia tidak tahu dan bernjanji untuk belajar.

Tapi tidak bagi sesetengah orang dewasa. Tidak mahu mengaku tidak tahu, tidak pandai. Malah tidak mahu mengaku salah.

Tidak tahu mereka redah juga sudahnya menyusahkan orang lain. Dan lebih parah apabila tidak tahu tapi berlagak pandai. Malu untuk mengaku tidak tahu.

Sebaiknya dalam hidup ini jangan malu untuk belajar. Belajarlah sampai akhir nyawa kita. Belajar dan belajar tanpa jemu. Insyallah kita akan jadi manusia yang lebih baik.

Ingat jangan malu untuk belajar dan jangan malu mengaku tidak tahu.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di
(Visited 17 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Jangan Malu Untuk Belajar”

  1. Ilmu kita sebagai manusia ini belum tentu setitik pun daripada tujuh lautan. Memang ramai manusia yang jenis berlagak tahu segala-galanya, hakikatnya “life is a learning process – forever”. Memang rugi kalau kita tidak belajar apabila tidak tahu sesuatu perkara. Dan cara termudah untuk belajar ialah dengan banyakkan membaca. Kan membaca jambatan ilmu, malah membaca juga adalah saranan Allah melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan kita Rasulullah SAW.

    Teruskan belajar.
    Faizal Nizam recently posted..Kisah Kanak-Kanak 7 Tahun Dikurung dan Dibiarkan Kelaparan Kerana DirasukMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge