Tips Merawat Resdung

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tetiba hari ni pakcik nak jadi doktor, tapi doktor kampung je la. Pakcik sekolah malas dulu tu tak dapat nak ambil jurusan doktor. Impian yang terpadam. Hehehehe. Tapi pakcik pun lemah dengan darah jadi memang tak layak nak jadi doktor ni.

Tips Merawat Resdung

Apa itu Resdung? Resdung adalah gambaran kepada pelbagai penyakit hidung.  Antara punca resdung adalah kerana pembiakan bakteria atas hidung dan rongga sekellingnya.

Orang yang menghidapi resdung yang kritikal akan merasa gatal-gatal, hidung beringus dan hidung tersumbat.

Tips Merawat Resdung
Daun Pandan

Pakcik pun selalu berasa gatal-gatal bila resdung menyerang, kadang-kadang hidung beringus. Masalah pakcik adalah pakcik malas nak pergi berubat – nak pakai rokok resdung yang popular dalam rawatan tradisional resdung. Senang cerita pakcik malas la.

Tengok penyakit resdung pakcik dah kritikal. Isteri pakcik kongsikan tips merawat resdung dengan pakcik hari ni pakcik share dengan kalian. Ya.

Barang yang diperlukan adalah:

  • Daun pandan
  • Limau nipis – beberapa biji.

 

Tips Merawat Resdung
Limau Nipis

Caranya adalah:

  • Daun pandang dipotong halus. Kalau boleh sehalus mungkin. Jumlah daun pandan ikut keperluan nak guna.
  • Ambil limau nipis potong dua atau empat dan perahkan limau untuk dapatkan jus nya dan gaul dengan daun pandan tersebut.
  • Biarkan bahan tersebut beberapa minit. Biarkan ianya sebati.
  • Ambil bahan tersebut dan sapukan dimuka dan bahagian kritikal resdung terutama hidung, kening dan pipi.

Awas! Anda akan rasa sedikit pedih.

Untuk lebih kesan kena buat secara berulang kali.

Tips merawat resdung
Bancuhan yang telah sedia

Selepas mengikut tips megawatt resdung ni. Alhamdulillah, kurang sikit masalah resdung pakcik.

Selamat mencuba ya.

Dulu aku rasakan memang sukar untuk turun berat badan. Selera makan aku pun memang lain
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
(Visited 55 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Tips Merawat Resdung”

  1. Hi

    I like this post.Keep my eyes for your future article.You present everything in a good manner.Thank’s for sharing this nice post with us.

    Have a great day!
    Regards,
    Mazid Irshad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.