Tips Hidup Berjauhan Dengan Keluarga

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tips Hidup Berjauahan dengan Keluarga
Tips Hidup Berjauahan dengan Keluarga

Hidup berjauhan dengan keluarga bagi saya memang satu cabaran yang memerlukan pengorbanan dan kesefahaman yang tinggi. Kepercayaan dalam perhubungan juga perlu.

Saya setelah hampir 5 tahun hidup berkeluarga tidak pernah berjauahan dari isteri dan anak-anak. Sentiasa bersama. Kecuali jika ada mesyuarat atau kursus di luar kawasan terpaksalah berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

Tapi kali ini saya ditugaskan untuk bertugas di Pantai Timur, Isteri masih lagi berkerja di Ibu Kota. Mengenangkan kesian juga memikirkan Isteri saya yang terpaksa menjadi ‘SuperMom’. Saya tabik pada isteri saya dan juga wanita di luar sana. Mereka semua hebat. Bukan memuji tapi hakikat. Mereka mampu menguruskan anak-anak dan rumah tangga dengan sempurna walau tiada suami di sisi. Kalau saya belum tentu dapat saya lakukannya dengan sempurna.

Paling mencabar adalah bila berjauhan dengan anak. Itu yang paling saya rindukan. Rindukan teletah si abang yang becok dan ragam si adik yang sekarang ini cuba merangkak. Si Abang sempat membesar di depan mata saya setiap hari tapi tidak Si Adik, saya rindukan untuk merakam setiap detik mereka berdua membesar dengan mata saya.

Anak adalah penawar segalanya bagi saya. Pengarang jantung yang terutama dalam kehidupan saya sekarang ini. Isteri pula adalah permaisuri dalam kehidupan.

Tips Hidup Berjauhan Dengan Keluarga

Sedikit tips saya ingin kongsikan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi mereka yang hidup berjauhan dengan keluarga:

  1. Kerapkan berhubung dengan keluarga sama ada call, whatapps, atau sms. Kalau boleh video call lagi cantik.
  2. Pastikan kita memberikan nafkah yang cukup buat keluarga kita. Utamakan mereka.
  3. Luangkan masa sebaiknya apabila kita pulang untuk bersama mereka dengan aktiviti yang best. Bawalah anak isteri ke taman permainan atau taman tema.
  4. Belanjalah anak isteri dengan special dinner atau lunch. Sesekali bagi ‘reward’ buat Isteri terutamanya yang telah banyak berkorban
  5. Terapkan lebih banyak elemen kejutan buat Isteri dengan berikan hadiah atau lain-lain. Eratkan dan segarkan hubungan cinta antara suami isteri.
  6. Lafazkan kata-kata cinta bukan lagi pendam. Kalau zaman bercinta boleh bilang ‘I love you’ setiap saat takkan tak boleh kepada isteri. Lafazkan seikhlas hati.
  7. Bawalah anak isteri bercuti jika berkesempatan dan berkemampuan.
  8. Banyakkan berdoa kepada Allah swt agar anak isteri kita sentiasa di bawah lindung Nya.

Hidup ini indah, indahkan lah dengan momen yang terbaik.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga
(Visited 35 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “Tips Hidup Berjauhan Dengan Keluarga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge