Bilakah Ajal Kita?

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Harapnya tuan puan masih dikurniakan kesihatan yang hebat untuk mengharungi kehidupan ini. Sebelum saya menulis lebih panjang saya memohon semua untuk bersama sedekahkan Al Fatihah buat Makcik saya, Allahyarhamah Faridah Binti Hussain dan sahabat saya Allahyarham Shahrul.

Bilakah ajal kita?
Bilakah ajal kita?

Dua berita kematian ini saya terima dalam jarak masa yang dekat. Berita kematian yang mengejutkan. Arwah makcik saya seorang OKU yang menjadi peneman setia nenek saya dirumah nya, kini nenek berseorangan. Tiada lagi teman setia nenek, anak yang lain semuanya berkeluarga dan berkerjaya. Terngiang persoalan ‘Siapa sangka dia pergi dulu?’.

Muda atau tua bukan pengukur cepat atau lambat, ajal bukan mengira semua itu. Ada yang bayi pun sudah dijemput, ada juga yang sempat berusia 100 tahun baru dijemput, ada juga yang baru berkahwin yang dijemput. Semua telah tertulis cuma kita yang tidak tahu bilakah ajal kita?

Bilakah ajal kita? Saya tidak tahu jika saya tahu bila ajal saya, kehidupan saya pasti bukan hari ini. Setiap saat pasti nilainya terlalu besar. Tiada lagi ‘rileks dulu’, ‘esok esok lah’.

Masih adakah esok untuk kita? Masih mampukah kita menatapi mentari terbit pagi esok? Atau malam ini yang terakhir? Ianya akan menjadi tanda tanya selamanya.

Jika esok sudah tiada untuk kita, adakah kita sudah bersedia untuk mati? Cukupkah persiapan kita untuk hadapi kematian yang bakal menjengah?

Isilah masa yang ada sebaiknya. Hargai setiap detik yang ada. Seimbangkan dunia dan akhirat, ‘Bekerja bagai kita hidup seribu tahun, Beribadat bagai esok kita akan mati’. Keduanya kita perlukan dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia hari ini adalah pengukur untuk kehidupan kita di akhirat kelak.

Semoga hari hari kita penuh makna. Hidup ini hanya pinjaman, akhirat yang kekal selamanya.

Bilakah ajal kita?

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
(Visited 52 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.