Cabaran Seorang Weekend Husband

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Putera dan Puteri yang dirindui selalu oleh seorang Weekend Husband
Putera dan Puteri yang dirindui selalu oleh seorang Weekend Husband

Hidup sebagai seorang ‘Weekend Husband’ bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan mengembirakan, sememangnya kalau mahu saya pun tak mahu jadi ‘Weekend Husband’. Nampak seronok dan ringan, hakikatnya tidak langsung.Tidak menceriakan bagi saya.

Jika dulu pulang ke rumah ada suara Abang Haiqal yang menyambut ku pulang, ‘Papa dah balik?’ ayat biasa abang Haiqal. Tiada lagi kopi O ais setiap kali pulang ke rumah. Tiada lagi dapat melayan kerenah ligat Adik Afina setiap malam, dan melayan Abang Haiqal dengan mainannya.

Sunyi…. Memang sepi.

Jika dulu membujang lain, panjang saja langkahnya. Tapi kini membujang lain, bukan langkah tidak boleh panjang tapi tidak seligat dulu. Rindu pada isteri dan anak-anak lebih menebal. Sekarang ini bila membujang terpaksa penuhkan masa malam dengan aktiviti agar terubat sunyi. Telefon penghubung ubati rindu.

Memikirkan Isteri tersayang yang menjadi SUPERMOM – do it everything all alone. Sayu kekadang memikirkan tidak mampu melaksanakan tugasan seorang suami seperti dulu. Tidak dapat bersama permaisuri hati dan putera dan puteri.

Weekend saya memang dipenuhkan dengan aktiviti dengan keluarga. Terutama anak-anak. Masa weekend adalah masa untuk eratkan hubungan anak dan bapa.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?.
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Jangan lupa asal usul
Dulu pernah buat satu entri 'Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri, Ini Penyelesaiannya', ingat
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Cabaran Seorang Weekend Husband”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge