Bukan Herdik Bukan Pukul Tapi Didik Anak Sebaiknya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin membesar – Abang Haiqal sudah 3 tahun 6 bulan dan Adik Afina sudah 8 bulan lebih. Masih teringat masa Abang Haiqal masih kecil, apa yang di buat abangnya dulu itu juga yang adiknya lakukan. Licah dan lasak tapi menghiburkan hati kami sekeluarga.

Anak permata yang amat istimewa. Anak anugerah dan amanah Allah swt kepada kita sebagai ibu bapa – amanah yang bukan untuk diherdik dan dipukul tapi untuk dididik.

Terbaca kisah-kisah anak kecil di dera dengan kejam tanpa belas kasihan, saya tertanya kemana perginya nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Apa tiada langsung rasa kasih?

Anak kecil dilahirkan umpama kain putih bersih ke dunia ini, tugas kita ibu bapa untuk bentuk mereka. Tugas ibu bapa untuk didik anak sebaiknya.

Adik dan Abang - Didik anak sebaiknya
Adik dan Abang – Didik anak sebaiknya

Dulu saya juga cemburu pada adik saya yang lebih diberi perhatian oleh mak ayah saya. Saya rasa terpinggir. Tapi bila sudah jadi ibu bapa, saya mula faham – tiada istilah pilih kasih. Semua anak saya sayangi – baik abang Haiqal yang becok mulutnya atau adik Afina yang lincah. Dua-dua permata hati papa yang tiada gantinya.

Tidak dapat lagi saksikan gelagat abang yang suka mengusik adiknya, dan muka adik yang pasrah setiap kali di usik abang nya. Kadang kala saya tersenyum sendiri bila mengingatkan semua ini.

Sejak menjadi weekend husband, tiada tergambar perasaan rindu di hati terhadap anak-anak dan isteri. Hidup kosong. Setiap kali pulang ke rumah dari tempat kerja tiada mulut becok abang Haiqal terngiang di telinga, tiada aksi lincah adik Afina. Masa bersama anak anak yang telah di rampas – kurangnya masa untuk saya luangkan bersama anak saya ke taman. Untuk jalinan kasih antara kami.

Hidup jadi sunyi tiba-tiba. Kadang kala merasakan diri tidak mampu lalui semua ini. Tidak mampu untuk tidak tatapi mata anak saya untuk sehari – apatah lagi seminggu. Rindu tidak tergambar.

Hargai Anak, Didik Anak Sebaiknya

Walaupun berjauhan, tugas tetap perlu laksanakan. Tugas seorang ayah dan suami perlu di laksana. Bimbing keluarga di jalan yang diredhai. Didik anak ke arah jalan yang diredhai.

Saya bukan sempurna dan bukan insan yang baik. Tapi saya tetap cuba menjadi ayah yang baik buat anak-anak saya. Saya cuba ajari mereka didik mereka dan terpaling penting adalah belai mereka kasih mereka.

Hati lelaki mana mampu menahan apabila setiap kali pulang ke rumah, anak kecil yang lena tidur boleh terjaga setiap kali saya sampai di rumah, bangun mencari saya. Bagaikan dia tahu yang papanya pulang, tidak mampu berkata lagi kerana masih kecil tapi renahnya membuat hati saya sayu. Maafkan papa kerana terpaksa menjauh demi tugas dan kerja.

Seandainya saya ada pilihan sememang saya tidak mahu jauh dari mereka semua biar semua membesar di depan mata saya. Biar mulut becok abang jadi irama merdu di telinga saya, biar lincah adik menjadi drama hidup di mata saya. 

Insyallah pasti ada hikmah semua ini dan ada jalan. Bersabarlah isteri dan anak anak ku. Papa akan pulang.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudarku... Dalam hubungan cinta suami isteri, anak anugerah yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Bukan Herdik Bukan Pukul Tapi Didik Anak Sebaiknya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge