Cara Mudah Hilang 3kg Seminggu

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya masa comel bersama isteri tersayang
Saya masa comel bersama isteri tersayang

Dulu saya merasakan amat mustahil untuk menurunkan berat badan saya, semakin hari semakin naik berat badan sehinggakan saya sendiri merasakan tidak selesa dengan badan saya.

Dulu saya berjalan sedikit sudah termengah, duduk pun rasa lemas, cepat penat. Makan memang tak perlu bercerita memang sentiasa bernafsu dan berselera. Bersukan memang jauh sekali.

Tapi alhamdulilah, selepas saya mencuba Teknik Diet Atkins, saya hilang 3kg seminggu. Alhamdulillah saya makin selesa dengan badan saya. Dari berat 98 kg kini sudah mecapai 83 kg dan masih dalam usaha untuk menurunkan lagi berat.

Cara Mudah Hilang 3kg Seminggu

Sedikit tips yang ingin saya kongsikan untuk turunkan berat badan. Ini yang saya lakukan:

  • Makan tiga kali sehari – sarapan pagi, makan tengahari dan malam
  • Kurangkan pengambilan nasi – saya makan nasi tapi dalam kuantiti yang kurang, jika dulu 2 pinggan sekali hadap sekarang ini cukup dengan separuh pinggan saja. Lebihkan makanan berasaskan protien dan kurangkan karbohidrat.
  • Kurangkan makanan dan minuman tidak sihat – Kurangkan makanan fast food dan air tin.
  • Jangan makan seblum tidur/lewat malam – elakkan ini. Dulu pukul 12 malam boleh lagi makan nasi kandar. Hehehehe.
  • Banyakkan ambil air kosong – amalkan lebihkan pengambilan air kosong
  • Bersenam – ini wajib. Seimbangkan. Bersenam bukan saja untuk badan sihat minda juga sihat. Jangan cari alasan tak sempat ke taman atau gym, bersenam boleh saja di rumah dan pejabat. Tiada alasan.
  • Buat aktiviti luar – sekarang ini banyak marathon dan jamboree. Apa lagi join la. Best. Bawa anak sepak bola di taman pun boleh kan?
  • Buang ubat kurus – banyak ubat yang dijual di luar sana. Boleh makan tidur esok bangun boleh kurus kan? Lupakan semua itu buang duit saja. Baik sedekah kat masjid.

Cari Pemangkin Semangat

Untuk hilangkan 3kg seminggu bukan mustahil tapi kita perlukan semangat untuk kita terus kosisten dalam melakukannya. Mungkin boleh masuk dalam komuniti atau kawan-kawan yang mempunyai matlamat yang sama – MAHU SIHAT.

Dapatkan sokongan dari keluarga terdekat, terutama isteri / suami atau ibu ayah. Bila mereka faham apa yang kita lakukan mereka akan dorong kita capai matlamat kita. Kalau kita malas sekurangnya ada yang sergah. Heheheheh…

Semangat saya semestinya adalah isteri saya.

Semuanya terletak pada minda dan fikir kita. Jika kita mahu kita boleh lakukanya

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya memang tidak berminat untuk bicara perihal politik
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 42 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Cara Mudah Hilang 3kg Seminggu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge