5 Tips Cinta Suami Isteri

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saat Berkasih Sungguh Indah – Ke mana saja berkepit sini, cam belangkas sana sini. Ke sana sini mesti berdua. Mesti bersama. Pakai baju pun sedondong. Naik moto berhujan berpanas pun tidak jadi masalah. Tiada kereta pun tiada masalah.

Tips Cinta Suami Isteri
Tips Cinta Suami Isteri

Tiap saat KATA RINDU KATA SAYANG dilafazkan. Sesaat tak berbicara rasakan macam setahun. Seminit tak berjumpa rasakan macam sedekad.

Tapi Kenapa Tidak Selepas Jadi Suami Isteri?

5 Tips Cinta Suami Isteri

Bila sudah SUAMI ISTERI LAGI INTIM, LAGI CINTA – sebab sudah halal segalanya. Sudah indah bersama. Jadi suami isteri bukan sehari bukan dua minggu tapi hingga akhir nyawa. Dan sebolehnya biarlah Isteri kita jadi Bidadari kita di Syurga.

  • LUAHKAN LAFAZKAN – Kalau zaman bercinta boleh lafazkan KATA CINTA KATA RINDU. Kenapa tidak selepas berkahwin. Luahkan Lafazkan Lepaskan jangan pendam. Jika ada sesuatu yang terasa atau terguris juga luahkan. Jangan dipendam menjadi virus di hati.
  • BUATKAN KEJUTAN – Perempuan atau lelaki memang sukakan kejutan. Tak perlu nak jerit SURPRISE kuat-kuat kat telingat pasangan anda, nanti kalau dia ada lemah jantung kalian yang SURPRISE nanti. Buatlah sesuatu yang pasangan anda suka.
  • BERIKAN HADIAH – Jika zaman bercinta boleh Pikul TEDDY BEAR BESAR atas motosikal semata nak berikan hadiah buat kekasih – tak kisah tak peduli apa orang cakap. Kenapa tidak zaman berkahwin? Buat Suami, hadiahkanlah isteri Rumah Semi-D, dan buat Isteri hadiahkanlah Superbike. Ducati Monster pun ok juga.
  • MASAKAN BUAT PASANGAN – Bukan isteri je masak untuk suami. Suami juga boleh masak untuk isteri. Tak pandai masak bukan alasan. Masak boleh belajar. Dan fakta orang Lelaki Masak Lagi Sedap.
  • BUAT YANG PASANGAN SUKA – Buat apa yang pasangan kita suka. Jangan halang tapi dokong. Kalau suami suka main Tomica biarkan dia. Kalau suami suka main Gundam biarkan dia. Kan?

Buat suami, kenalah faham akan Hati Perempuan, Hati Isteri. Mestilah tahu teknik Memikat Nafsu Isteri.

Buat Isteri, kenalah faham akan Perasaan Lelaki, Perasaan Suami – badan Sado dalam hati ada taman. Mestilah kena tahu teknik Memikat Nafsu Suami.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Memang sudah jadi rutin kami, suami isteri setiap hujung
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Makan Banyak atau Banyak
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedikit perkongsian yang saya ambil dari page Dr.MAZA
(Visited 25 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge