Aksi Berani Mati : Salute Pada Alpha Parkour

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Parkour adalah satu seni yang berasal dari Perancis yang bermaksud pergerakan antara 2 titik secepat dan sepantas mungkin dengan menggunakan semua kebolehan badan. Parkour ni di asaskan oleh David Belle – beliau bergandingan dengan Paul Walker dalam filem Brick Mansion. Antara filem lain beliau adalah B-13 dan B-13: Ultimatum.

Aksi Berani Mati: David Belle Pengasas parkour
Aksi Berani Mati: David Belle Pengasas parkour

Saya mula minat seni parkour ni sejak menonton filem Yamakasi dan kemudian filem B-13. Memang mengujakan cara permainan mereka. Nyata bukan senang.

Ada juga pernah terfikir nak join sukan parkour ni, tapi bila memikir kan yang badan saya yang keras bagai batu konkrit yang boleh jatuh berderai, retak seribu. Dan berat badan umpama keluli besi yang padu, saya rasa elok saya lupakan saja impian.

Dan tidak saya sangka seni parkour juga dah pesat berkembang di Malaysia, salah satu ialah Alpha Parkour. Memang mengujakan, mendadak mereka berkembang. Bagi saya ia sesuatu yang sihat.

Antara aksi Alpha Parkour yang mengujakan adalah di bangunan terbiar ini:

Tapi aksi berani mati, mereka yang memang saya salute adalah di Jambatan Putrajaya ini:

Memang terbaik. Salute. Yang berminat boleh tengok banyak lagi aksi Alpha Parkour di page mereka.

Ingat, mereka ini terlatih dan profesional jangan sewenangnya tiru mereka.

Saya memang tak sebab takut pada ketinggian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 33 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Aksi Berani Mati : Salute Pada Alpha Parkour”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.