Makan Mahal Di Terengganu

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dulu sering dengar keluhan kawan-kawan rapat ‘Makan Mahal di Terengganu, serik doh aku’. Tapi saya rasa biasa saja. Harga yang reasonable, munasabah.

Rahsia 50 Usahawan Berjaya

Saya tidak pernah lagi kena harga yang melampau, sepanjang saya bekerja di Kuala Terengganu dulu pada tahun 2008-2009. Makanlah di mana pun, sarapan Nasi Dagang Ikan Aya ke, Nasi Lemak ke, Nasi Minyak ke, bagi saya harga nya kebanyakkan masih munasabah.

Mahal Makan Di Terengganu
Mahal Makan Di Terengganu

Makan ICT, bukan makan komputer atau PC ya sahabat. Tapi makan ICT, makan ikan celup tepung di Teluk Ketapang atau Pantai Tok Jembal, belum pernah kena caj melampau. Ada juga nak ‘overprice’ tapi kami kaunter balik. Sebab tau harga kerana hari-hari makan. Hehehehe…

Port kegemaran lain tepi UMT – sambil cuci mata usha awek UMT. Hehehe… Masa ni bujang lagi ya. Jangan marah Puan Bini.

Tapi bila makan di Kemaman hari tu, bukan Warung Otak-Otak Che Wan, sebelum ke kedai Che Wan, saya dan adik makan dulu tengahari di kedai lain. Terlopong juga la bila makan 2 orang nasi campur, lauk ayam dan daging lagi 1 lauk daging dengan paru kena harga RM24. Belum masuk air lagi.

Tapi bayar je la, apa boleh buat. Langkah kiri saya hari tu. Salah masuk kedai.

‘Serik doh wei’

Buat kedai tu, maaf itu yang terakhir saya makan di kedai anda. Bukan berkira tapi harga tak padan dengan makanan. Sedap mahal saya tak kisah tapi sebaliknya.

Dia bukan soal makan mahal di Terengganu tapi sikap sesetengah peniaga yang suka mengambil kesempatan dan nak untung cepat. Bukan saja di Terengganu tapi di mana-mana pun ada, ini bukan soal negeri tapi soal individu dan atitud peniaga itu sendiri.

Jujurlah dalam berniaga.

Rahsia Usahawan Internet

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 32 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Makan Mahal Di Terengganu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.