Masa Bersama Keluarga Amat Berharga

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Seminggu berfoya-foya dengan anak isteri memang nikmat, walaupun tidaklah sampai melancong ke oversea, tidaklah sampai ke hotel lima bintang, hanya sekadar di rumah. Tapi tersangat heaven. Memang benar rumah ku syurga ku.

Sekarang kembali  tinggal sesorang, menjauh dari keluarga. Tiada lagi rengekkan manja Adik Afina, tiada lagi bebelan becok Abang Haiqal. Balik rumah terasa sepi.

Masa Bersama Keluarga
Masa Bersama Keluarga – Indah Sangat

Balik kali ni Abang Haiqal sudah dapat gen Perak, mungkin seharian dengan opah nya. Hari tu Abang cakap pada Mamanya ‘Atenya kalau dah tak buka kasut macamana nak buka seluar’.

Sudah pandai Atenya mengkome…

Nanti papa pula masukkan gen Kelate ya. Setakat ni memang hantu keropok ikan. Nanti papa ajarkan makan budu pula ya abang Haiqal.

Abang Haiqal masih jalankan tugasnya macam biasa ‘warden’. Dia akan pastikan semua orang tidur baru dia tidur. Ada satu malam saya sedang edit foto majlis pertunangan untuk buat album sampai jam 2 pagi, dia pun tak tidur. Hai, abang Haiqal memang warden yang baik. Hehehe…

Bila Adik Afina tertidur di atas pangkuan saya, terasa sangat manjanya puteri saya seorang itu. Nak lari dari sepupu dan mak saudara yang mengusik dia datang selamatkan diri dekat saya. Datang letak kepala di pangku saya.

Adik jangan cepat besar, papa belum puas gomol adik.

Masa bersama keluarga amat berharga, setiap saat sangat indah. Melihat teletah dua cahaya mata depan mata. Best sangat best.

Harapnya status weekend husband ini tidak panjang.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... My family, my wife and my kids -
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
(Visited 14 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge