Pelaburan Tabung Haji Sudah Terancam? Masih Relevenkah Simpan Di Tabung Haji?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Konspirasi dan kontroversi yang timbul antara Kerajaan Malaysia, Tabung Haji dan 1MDB membuatkan ramai yang resah gelisah ada juga yang buat tak tahu saja. Buat tak endah. Lumrah ada yang melatah, ada yang menyokong ada yang diam seribu bahasa.

Pelaburan Tabung Haji Masih Releven Kah?
Pelaburan Tabung Haji Masih Releven Kah?

Adakah Pelaburan Tabung Haji Sudah Terancam?

Sebenarnya tidak, kalau buat semakan akaun jumlah duit kita masih lagi sama, tidak terusik sebenarnya. Tiada perubahan pun dalam baki akaun kita walaupun Tabung Haji telah membelanjakan jumlah ratusan juta Ringgit untuk membeli tanah Tun Razak Exchange dari 1MDB.

Ya, duit dalam penyata kita tetap sama. Tiada perubahan.

Tidak terkesan ke dek pembelian? Terkesan atau tidak saya tidak boleh menjawabnya kerana hanya Tabung Haji yang tahu berapa jumlah duit yang telah mereka diamanahkan untuk pegang. Dan berapa duit yan tinggal dalam akaun mereka sekarang ini.

Kenapa perlu Tabung Haji melabur?

Tabung Haji melabur untuk memberi pulangan atau dividen kepada semua pemegang akaun Tabung Haji. Tabung Haji juga perlu menyediakan dana yang besar untuk menampung kos operasi termasuk dengan gaji ahi lembaga Tabung Haji dan kakitangan Tabung Haji. Kalau tak melabur macam mana Tabung Haji mahu menjana pendapatan mahu menampung kos operasi.

Habis Kenapa Orang Bising Pasal Pelaburan Tabung Haji?

Isu ini timbul apabila wujudnya 1MDB. Kenapa perlu pembelian tanah TRX perlu melalui 1MDB kenapa tidak dari Kerajaan Malaysia terus ke Tabung Haji? Itu yang jadi persoalan nya. Hanya mereka yang tahu jawapan sebenar di sebalik konspirasi semua ini.

Perlu ke keluarkan duit dari Pelaburan Tabung Haji sebagai Tanda Protes?

Untuk keluarkan duit dari akaun tabung Haji bukan satu tindakan bijak bagi saya. Kita melabur dalam Tabung Haji untuk duit simpanan kita untuk mengerjakan Ibadah Haji. Bukan untuk keuntungan atau lain-lain kan? Jadi kekalkan simpanan itu kerana tujuan kita adalah untuk mengerjakan ibadah Haji kelak.

Persoalan pecah amanah atau salah guna kuasa bukan hak kita menghukum. Biar Allah swt yang menghukum mereka. Doakan agar mereka terbuka untuk kembali ke jalan yang benar.

PS: Pelaburan yang melibatkan kerajaan pasti akan ada campur tangan kerajaan dalam pelaburan.

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
(Visited 53 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.