Pengalaman Bawa Anak Ke Klinik Pakar Kanak-Kanak

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Untuk si kecil tersayang, itu pastinya yang dimahukan oleh setiap ibu ayah dalam dunia ini, begitu juga saya dan isteri. Bila puteri saya, Afina bangun meragam jam 4 pagi, saya dan isteri mula menggelabah, risau dan resah.

Menangis sekuat hati lain macam pula malam ni. Tengok cara macam sakit perut, tapi tak tau macam mana nak buat. Nak ke Klinik awal awal pagi memang susah, jawabnya hanya ksapu minyak buat sementara.

image
Pagi tu kami buat keputusan untuk ke Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati. Memang mudah nak cari klinik ni kalau tahu nama tempat dengan betul, Desa Melawati bukan Taman Melawati saya tersesat sebab tertukar dua nama ni. Memang mudah nak jumpa walaupun kami pertama kali ke sini.

Memula macam biasalah mesti kena daftar dulu. Kebetulan hari tu, tak ramai pelanggan. Dari rekod pendaftaran boleh dikatakan ramai yang datang sini sampai yang tinggal di Shah Alam pun datang sini.

Ni lah pintu bilik doktor yang kami jumpa, Dr. Hasmawati Jalaludin, Doktor Pakat Kanak-Kanak. Doktor yang memang peramah dan lembut, selesa untuk berurusan dengan Dr. Hasmawati.

Pembantu klinik juga cekap, tak perlu menunggu lama nak dapatkan ubat. Dan yang paling penting harga perkhidmatan yang munasabah.

Kalau biasa, bila nama doktor pakar tambah pula pakar kanak-kanak kos belanja hangus pasti paling tidak pun RM 200. Tapi di Klinik Pakar Kanak-Kanak Desa Melawati, tidak sampai kos itu.

Alamat Klinik:

Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati,

A-0-21, Jalan 2/4c, Desa Melawati,

53100 Kuala Lumpur,

Abang Haiqal yang seronok bermain
Abang Haiqal yang seronok bermain

imageInsyallah akan dapatkan lagi perkhidmatan di sini jika ada masalah anak anak. Apa yang penting adalah yang terbaik untuk anak-anak saya

Melihat anak membesar sihat sejahtera satu nikmat tidak terucap.

 

Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
(Visited 221 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.