Pengalaman Pertama Mencuba Fuel Shack

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Diet bersenam, sesekali tibai juga makanan fast food. Sudah lama tahu berkenaan Fuel Shack ni tapi belum pernah sempat mencuba. Kebetulan hari tu saja bawa anak dan isteri berjalan di KLCC weekend lepas, sambil cari barang untuk putera dan puteri hamba. Walaupun yang dapat hanya untuk adik Afina saja, Abang Haiqal tunggu ya turn abang nanti.

Ini kali pertama kami mencuba Fuel Shack.

Sememang nya konsep Fuel Shack ni bagus yang mana semua pelanggan boleh melihat bagaimana makanan disediakan oleh Pekerja Fuel Shack. Tengok menu Fuel Shack memang mengujakan memang mengiurkan jiwa dan raga.

Rahsia Bisnes Burger

Oleh kerana saiz Fuel Shack agak besar, kami hanya ambil 1 set Aloha Chicken sahaja. 1 set di makan oleh suami isteri, sweet gitu. Jangan ingat zaman bercinta je boleh buat, zaman dah kahwin pun boleh tau kalau nak semarakan cinta suami isteri. Nak atau tak saja? Kan?

20150509_174350
Aloha Chicken Dari Fuel Shack

Dari segi persembahan dia memang agak menarik bagi saya, patty isi ayam yang tebal dengan potongan nenas yang juicy dicampur pula dengan keju ditambah sos yang meleleh. Memang memikat jiwa. Lihat dari rupa memang menggoda.

Apabila di suap ke mulut, saya sedikit kecewa. Rasa patty isi ayam agak kurang rasanya (seperti isi ayam yang lama). Atau memang rasanya begitu. Dan memang rasa tu tidak kena dengan saya.

Kehadiran potongan nenas tu memang menaikan markah Aloha Chicken ni.

Dari segi yang lain – Saiz Fries tu terlalu sedikit bagi saya. Mungkin boleh di kaji semula. Fries dia memang dah sedap – better than other like KFC or McDonalds in my opinion.

Mencuba Fuel Shack
Mencuba Fuel Shack

Apapun lepas ni mungkin akan cuba lagi untuk menu Fuel Shack yang lain pula.

Seeyaaa….. Ke Tanjung Lumpur malam ni, cari makanan ala Thai.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Pengalaman Pertama Mencuba Fuel Shack”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge