10 Tips Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Bagaimana Ramadhan kali ini? Pasti lebih hebat dari tahun sebelumnya kan? Begitulah hendaknya. Saya juga harapkan Ramadhan kali ini lebih baik buat saya walaupun sedikit sepi sebab jauh dari keluarga tersayang.

Setiap kali Ramadhan banyak pertandingan yang dibuka, sama ada kita saja mahu rebut atau tidak. Mengejar pahala untuk akhirat atau nikmat dunia yang sementara, sebaiknya biar akhirat dapat dunia pun dapat. Untuk akhirat pastinya amal ibadat kita.

Kurma untuk berbuka dan sahur
Kurma untuk berbuka dan sahur

Mana kala pertandingan nafsu adalah pertandingan buffet di hotel-hotel dan restoran-restoran, pertandingan air pelbagai warna di bazar ramadhan, pentandingan kuih berseri seri di bazar dan banyak lagi lah. Memang menggoda nafsu makan yang telah berpuasa seharian di siang hari.

Saya pun suka pertandingan ni. Kalau dapat air tembikai satu jug pun boleh licin kena sebat. Haus kan.

Kalau buffet lagilah semua pun mahu sebat. Sana sini semua nampak sedap nampak mengiurkan bagkitkan nafsu makan.

Tepuk dada tanya selera.

10 Tips Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan

  1. Amalkan berbuka dan sahur dengan kurma (saya selalu ambil 3 biji setiap kali). Kenapa kurma? Salah satu sebab ia adalah sunnah Rasulullah dan satu lagi kurma mampu kenyangkan perut.
  2. Banyakkan minum air kosong. Bukan teh ais, bukan satu jug air tembikai. Ambil air manis tidak salah tapi lebihkan air kosong.
  3. Ambil nasi/bihun atau karbohidrat mengikut keperluan. Mungkin 1/2 pinggan atau segenggam nasi sudah cukup. Terpulang pada keperluan individu. Sebaiknya lebihkan protien dalam pengambilan makanan.
  4. Sahur lebihkan makanan yang lebih serat. Contoh seperti roti wholemeal, brown rice dan lain-lain. Saya cukup dengan 2 keping roti wholemeal dengan peanut butter.
  5. Rehat sekejap pada tengahari. Ambil masa antara 15-30 minit untuk rehat.
  6. Berhenti makan sebelum kenyang. Bukan makan sampai pecah perut terutama semasa berbuka… Saya dulu pun makan sampai pecah perut, lepas tu nak terawikh pun tak larat dan malas. Tau lah dah berpuasa seharian tapi masa berbuka tu bukan masa untuk balas dendam. Jadi kawal nafsu tu, ambil pada jumlah yang kita perlukan.
  7. Solat sunat terawikh jangan tinggal. Sebaiknya berjemaah. Solat sunat terawikh boleh bantu bakar kalori dalam badan kita. Tapi niat utama adalah ibadah.
  8. Kalau rajin dan ada kesempatan, lakukan senaman ringan. Tak payah pergi gym pun tak mengapa. Cukup buat push-up, cruch, squat dan lain-lain yang sesuai.
  9. Tidur awal. Sebaiknya sebelum jam 12 tengah malam. Supaya senang bangkit sahur keesokkannya.
  10. Elakkan tidur selepas bersahur. Badan akan lesu kalau tidur selepas subuh. Lagipun seperti kata orang tua-tua, buka pintu rezeki biar awal pagi.

Dalam hidup ini kita perlu kekal cergas untuk terus bersaing. Dan amalan cara hidup yang sihat adalah amat perlu.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan datang lagi, semua umat Islam telah bermula
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 42 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “10 Tips Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge