Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…
Sedikit perkongsian yang saya ambil dari page Dr.MAZA mengenai bercium dan bermesra di bulan Ramadhan.

Soalan: Bolehkah seseorang yang berpuasa berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?
Jawapan:
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu dia bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan ‘kemesraan yang lain’.
2. Kata ‘Aishah:
يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ
“Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya” (Riwayat al-Bukhari)
3. Kata Masruq:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنَ امْرَأَتِهِ صَائِمًا؟ قَالَتْ: كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْجِمَاعَ
Aku pernah bertanya A’ishah: “Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?”. Jawab ‘Aishah: “Semua perkara kecuali persetubuhan” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).
Semoga kita bersama mendapat manafaat dari nya.
Alhamdulillah….tambah pengetahuan lagi…sekali baca artikel ni…hihihi
Terima kasih atas perkongsian ini.
Eva Heart recently posted..Vitamin Untuk Pelajar Bijak dan Cergas Supaya Fokus Dalam Kelas
sebaiknya elakkan, supaya tak terlajak. tapi kalau boleh kawal, boleh aje.
Suriya recently posted..5 Tips Kekal Kurus Selepas Beraya Supaya Tak Sia-sia Puasa
tentu sangat beruntung suami yang mendapat ciuman dari isteri..cuma waktu puasa lebih baik elakkan kecuali iman memang kuat..
mrhanafi recently posted..Kerja Separuh Masa Yang Santai
Betul tu..kalau dapat mengawal nafsu, sebaiknya dielakkan..takut nanti kena bayar kifarat puasa pula kan..
Noriza Rahman recently posted..Rahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang!
Tak best berciuman ketika puasa.. setakat cium pipi tu oklah !
Mohd Shubhi Abdul recently posted..Apa yang anda perlu buat jika ekonomi meleset, bisnes teruk
Haha…betul betul… lebih baik elakkan.