Bestnya Dapat Berterawikh Bersama Anak-Anak

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Seronok apabila melihat anak-anak kecil turut sama dalam solat terawikh. Ada yang diam mengikut setiap pergerakan imam, dan ayah mereka di sebelah. Tidak kurang yang berlari-lari sana sini bagaikan di sebuah taman permainan, ya lah anak kecil bila jumpa kawan-kawan, macam kita jumpa kawan di kedai kopi lah kan?

Berterawikh Bersama Anak Kecil
Berterawikh Bersama Anak Anak

Untung mereka yang dapat berterawikh dengan anak-anak. Dapat bersama keluarga untuk melakukan amal ibadah bersama. Sejujurnya saya cemburu kerana saya tak boleh buat begitu kerana status sebagai ‘weekend husband’.

Walaupun ada yang bising tak bagi bawa anak kecil ke surau atau masjid, bagi saya masa kecillah kita perlu dekatkan mereka dengan masjid. Peringkat awal mereka mungkin mengganggu kita solat, tapi bila sudah biasa mereka akan mula mengikuti dan mungkin suatu masa mereka akan mendalami. Indah bukan? Anak kecil mula mendekati rumah Allah swt.

Tahniah buat para ibu bapa yang berbuat begini.

Semasa di Seremban, di Masjid Negeri selepas solat Zohor, saya sempat memerhatikan gelagat dua anak kecil yang memanjat badan ayah mereka ketika solat. Saat ayahnya sujud, dua anak kecil ini bergilir memanjat ayah mereka. Ayah mereka hanya membiarkan saja.

Hebat saudara ini, ayah yang hebat. Saya tabik pada beliau. Bila melihat hal ini teringat akan peristiwa Rasulullah dengan cucunya ketika solat.

Teladan sudah ada di situ, dari umur yang kecil kita perlu dekatkan mereka dengan masjid. Dari kecil kita bina asasnya, biar kukuh biar teguh berdiri sampai dewasa.

Hidup ini mungkin singkat mungkin lanjut, tapi kita tidak mengetahuinya. Jadi jangan bertangguh didik anak se-awal mungkin.

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
(Visited 42 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.