Raya Raya Raya: Perjalanan Balik Kampung Yang Penuh Dugaan Tambah Dengan Kereta Meragam

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertamanya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca DaddyDee.net, dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika ada salah silap sepanjang saya menulis di sini.

Perjalanan Balik Kampung
Perjalanan Balik Kampung

Perjalanan Balik Kampung Yang Penuh Dugaan

Tahun ni kami beraya di Kelantan, nak mengelakkan kesesakan kononnya cadang bergerak jam 4.00 pagi dari rumah. Tapi siapa sangka sampai di Batu Caves nak bersahur sudah penuh orang beratur. Stesen minyak dan fast food semua pun sudah penuh. Fuhh… Tapau makan roti saja.

Sampai di Tol Gombak ok lagi, tapi setiap kali sampai saja di tempat perhentian pasti penuh orang. Memang penuh dengan kereta nak pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Kereta berjengkek la kereta merayap cam semut.

Jalan Jam, Perayaan Dan Orang Kelate

Jalam Jam musim perayaan dah jadi cam makanan orang Kelate. Setiap kali nak balik raya memang penuh la kereta dari Bentong sampai Raub sampai Bukit Tujuh dan kalau saya tambah lagi la sebab nak kena tempuh jam sampai ke hujung Kelantan, Tumpat.

Tahun ni memang perjalanan balik kampung yang penuh dugaan, sampai di Padang Tengku, Kuala Lipis, kereta overheated – asap dah kelihatan keluar dari hood kereta. Cepat-cepat kami berhentikan kereta dan suruh isteri, anak dan adik saya keluar dari kereta.

Buka hood kereta, asap dah semakin kurang. Air kelihatan okey. Cukup. Tapi temperature kereta masih tinggi. Terpaksa stop dan sejukkan enjin.

Melihat kami tersadai tepi jalan dengan hood terbuka, ada beberapa buah kereta dan lori berhenti tawarkan pertolongan. Tawarkan air. Syukur Alhamdulillah, mereka sangat prihatin. Terima kasih buat semua.

Kami terpaksa berjalan perlahan dan hentikan kereta apabila temperatur mula naik hingga sampai ke sebuah bengkel di Padang Tengku. Apabila diperiksa oleh pomen rupanya motor kipas tidak berfungsi. Malang juga nasib apabila tiada spare part.

Terpaksa kami drive perlahan-lahan sampai ke Bandar Gua Musang, alhamdulillah ada bengkel yang ada spare part. Siap kereta baru lah lancar perjalanan ke Tumpat.

Pejalanan dari 4.00 pagi dan sampai di Tumpat jam 9.00 malam, memang perit tulang belikat. Perjalanan yang panjang dan penuh dugaan.

Tapi perit tak mengapa, bila lihat wajah ma abah tersenyum melihat kami sampai memang hilang semua penat. Tiada yang lebih gembira melihat ma abah gembira.

Penat tapi puas hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara muslimin
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sedikit gambar tuan kecil berhari raya pada tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Yeahhh.... Esok hari raya. Esok hari raya. Esok
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Raya Raya Raya: Perjalanan Balik Kampung Yang Penuh Dugaan Tambah Dengan Kereta Meragam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge