5 Bas Ekspress Terbaik Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sudah 6 bulan saya menunggang bas ekspress setiap hari Jumaat dan Ahad. Jumaat ke Kuala Lumpur dan Ahad kembali ke Kuantan.

Sampai bila saya nak menunggang bas ekspress? Sampai saya dapat tukar semula ataupun dapat kerja lain.

Terminal Sentral Kuantan
Terminal Sentral Kuantan

Promo Diri Sendiri: Kalau ada yang memerlukan Civil Engineer atau ada maklumat tentang jawatan kosong sebagai Civil Engineer boleh tinggalkan komen saya akan hubungi tuan/puan. Prefer area KL, Putrajaya and Selangor. Any post site engineer, project engineer or design engineer. Thanks.

Berbalik kepada tajuk hari ini ‘5 Bas Ekspress Terbaik Kuantan-Kuala Lumpur’ apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dan saya tulis senarai ini buat mereka yang memilih untuk turun atau naik di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.

Untuk yang nak naik atau turun di Terminal Bas Bersepadu anda ada lebih banyak pilihan jadi senarai ini mungkin bukan buat anda.

5 Bas Ekspress Terbaik Kuantan-Kuala Lumpur

  1. Bulan Restu – ini pilihan utama saya. Memang saya akan dapatkan tiket bas Bulan Restu baru yang lain. Sebabnya adalah tempat duduk yang luas (seat 2+1), banyak trip – setiap jam ada trip (tapi hanya sampai 7.30 malam saja) dan laju (berhenti sekejap saja di Petronas Karak biasanya). Tapi satu masalah tiket hanya boleh dibeli di Kaunter dan sehala saja. Tiada online ticket.
  2. Transnasional – ini pilihan kedua saya jika tiada Bulan Restu. Sebabnya banyak trip, tepat masa, berdisiplin, pandu berhemah, boleh beli online dan beli tiket dua hala. Tapi seat memang keras, kecil dan kurang selesa. Untuk lelaki berat 90kg seperti saya memang tak selesa untuk duduk double seat tapi tak mengapa boleh pilih ‘skyview’ yang 1 seat.
  3. Pusliner – sama dengan Transnasional lagipun dua jenama ini dan Nice adalah bawah satu syarikat. Cuma saya elakkan bas Double Decker sebab tiada Skyview. Tapi kalau tiada pilihan saya tetap pilih Plusliner.
  4. Etika Ekspress – Hanya sekali saja mencuba. Memang selesa bas nya. Seat luas. Tapi masalah adalah tak banyak trip.
  5. Sani Ekspess – ini antara yang tebaik sebenarnya tapi saya jarang ambil kerana Sani hanya turun di Terminal Bas Bersepadu dan saya lebih suka turun di Jalan Pekeliling.

Buat yang nak memilih Trip Bas Ekspress Kuantan-Kuala Lumpur elakkan One Ekspress. 3 kali saya mencuba bas ini – kali pertama ok walaupun agak lambat berlepas tapi dua lagi trip memang mimpi ngeri kerana lambat sangat sebab bas rosak. Dan mereka seperti tiada bas ‘back-up’.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 86 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.