Hukum Menghisap Vape?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Menghisap Vape: Vape dan Iphone?
Menghisap Vape: Vape dan Iphone?

Saya pernah menulis tentang kesan rokok elektronik suatu masa dulu (macam lama sangat je… hahaha) dalam bulan Jun 2013, dan kini rokok elektronik atau Vape kembali menjadi kegilaan ramai. Ramai juga sahabat sekeliling saya mula menghisap Vape?

Vape sesuatu yang seasonal bagi saya hanya bagi sesetengah kaki vape tegar je yang setia. Ini pandangan peribadi saya.

Saya pernah melihat Vape menjadi suatu kegilaan pada tahun 2008-2009, kembali timbul pada akhir 2012 dan kini ia kembali lagi pada tahun 2015. (Dah macam Tora datang lagi je… hahaha…)

Hukum Menghisap Vape?

Hari ini ramai yang kaki Vape bising, apabila Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengeluarkan kenyataan berikut:

Dr. Zulkifli melalui entri di laman facebooknya memaklumkan, mengikut hukum Islam, penggunaan e-rokok atau vapor itu sama seperti rokok sebenar.

Jelas beliau, bedasarkan kenyataan, pakar menunjukkan, ia memudaratkan malah boleh menjadi lebih mudarat daripada merokok.

“Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya.  Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi).

“Namun harus diketahui bahawa jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional,” jelasnya.

Justeru katanya, berdasarkan daripada kenyataan tersebut dan juga nas yang dinyatakan maka Irsyad Fatwa ke-63 berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. (petikan Astro Awani)

Hukum Menghisap Vape
Hukum Menghisap Vape

Menghisap Vape menjadi Trending

Ramai sekarang ini yang telah mula ‘Vape-On’, ia menjadi satu trending sekarang ini. Sana sini orang ‘Vape-On’. Dari hotel lima bintang sampai ke kedai mamak semua main Vape saja sekarang ini.

Dan yang paling best saya pernah terlihat perisa ‘Sirap Bandung’ pun ada. Hebat… Hahaha… Sangat hebat. Adakah perisa Cendol Bakar Banting pun ada?

Apa pandangan pembaca blog Daddydee.net tentang Vape ini?

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 55 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge