Anak Anugerah Terindah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudarku…

Dalam hubungan cinta suami isteri, anak anugerah yang terindah. Kehadiran seorang anak dalam sesuatu keluarga anugerah yang tiada nilainya, sebab itulah anak dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh.

Berkahwin membuka pintu rezeki, begitu juga kelahiran seorang anak membuka pintu rezeki kepada sesuatu keluarga. Biasa kita dengar ayat ‘rezeki anak’.

JANGAN DIHUKUM ANAK ITU

Bila melihat mudahnya manusia berhati Syaitan diluar sana membuang bayi yang baru dilahirkan. Apakah dosa bayi itu?

Kenapa kerana dosa kita bayi itu dihukum? Kenapa perlu menutup satu dosa dengan menambah dosa?

Kerana takut dan malu dengan dosa yang telah kita lakukan, kita buat dosa yang baru. BUNUH zuriat sendiri.

Hnetikanlah semua itu. Jika kita sudah berdosa, mohonlah ampun dari Yang Maha Kuasa, Dia Maha Pengampun. Taubatlah.

Hargai cahaya mata yang kita ada. Belai dengan kasih sayang. Besarkan mereka sebaiknya. Berikan pendidikan dunia dan akhirat.

Ingat ramai yang diluar sana yang mahukan anak. Jadi hargailah anugerah yang terindah ini. Nikmat yang paling berharga.

image

Anak… Menceriakan hidup saya. Permata yang amat bernilai dan berharga buat saya dan isteri.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki
(Visited 33 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge