Kenaikan Tol Membebankan Rakyat

Aku bukanlah salah seorang yang beratur untuk membayar tol pagi ni. Tapi aku antara pengguna tegar highway terutamanya NPE, AKLEH dan Karak Highway.

Kenaikan tol yang diumumkan ada yang bagi aku tak masuk akal. Kenaikan ada sampai RM1.00 memang tak masuk akal.

image
Kenaikan Tol Membebankan Rakyat

Bukan aku nak cakap apa yang guna highway dalam KL terutamanya adalah laluan rutin mereka. Bayangkan kalau dulu membayar RM1.50 sehala dan total sehari RM3.00 dan kini terpaksa bayar RM5.00 sehari. Kalau sebulan kata bekerja dalam 22 hari, tak ke RM110.00 sebulan. Untuk tol saja.

RM110.00 banyak yang kita boleh buat sebenarnya. Kalau RM110.00 jadi duit tabung setahun dapatlah RM1,320.00 kalau sampai 10 tahun menabung sudah jadi RM13,200.00. Itu kalau simpan bawah bantal atau dalam tong beras.

Kalau simpan dalam Unit Trust? Lagilah banyak selepas ‘kuasa kompaun’.

Fuh…. kopak beb.

Bukan aku nak mengeluh, tapi apa yang jadi hari ini banyak yang tak masuk akal. Ya lah, kalau gaji kita rakyat marhain sama dengan gaji pak menteri tak jadi hal.

Kerja sembang pung pang, jual air liur sana sini, tabur janji sana sini masuk duit. Itu belum lagi projek sana sini.

Rakyat marhain? Huraikanlah.

Kenaikan tol memang akan membebankan. Kenapa aku cakap membebankan?

Kenaikan tol akan menaikkan harga barang. Ya lah, pengagihan barangan melibatkan transportation. Kalau harga minyak naik dan harga tol naik, tidak ke akan menyebabkan kos operasi transportation? Bila kos operasi naik bukan kah mereka akan naikkan harga barangan?

Apapun, buat semua saudaraku, teruskan usaha dalam apa jua yang kita lakukan. Jemputlah rezeki.

Jangan mengeluh tanpa berusaha. Majukan diri tidak kita akan rugi.

Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 36 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Kenaikan Tol Membebankan Rakyat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.