Bisnes: Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Teringat kata-kata guru bisnes, bisnes yang terbaik adalah ‘Menyelesaikan masalah orang’. Nak selesaikan masalah orang? Macamlah kita hebat sangatkan. Hehehe…

Ingat bukan semua orang sempurna, dalam hidup ini hanya perlu lakukan yang terbaik.

Teringat dulu ada baca kisah seorang ‘runner‘ yang menyediakan khidmat deliver apa saja barang dari bunga sampai ke barang dapur semua dia buat. Upah? Seikhlas hati.

Hebatkan modus bisnes beliau? Selesaikan masalah orang yang tiada kesempatan atau masa.

Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan

Dua minggu lepas (baru sempat nak tulis), balik ke Kuala Lumpur awal subuh dari Kuantan. Sampai di Kuala Lumpur, saya ambil keputusan untuk melalui DUKE keluar Semarak untuk ke Chow Kit untuk beli sedikit barang.

Keluar ke Semarak, memang tak terduga memang padat sungguh jalan. Jammed… Lama sudah tidak hadap ‘traffic jammed’ yang padu di awal pagi. Duduk Kuantan kurang jammed tak seperti Kuala Lumpur.

Sampai di pusingan U saya lihat ada 3 orang, beberapa keping banner, 2 meja, sebuah kereta parking, dan termos.

Di banner terpampang Kopi-K, hitam pekat RM 2.00 secawan.

3 orang ini sedang menjual Kopi mereka. Dalam keadaan orang ramai sedang tersangkut dalam jammed, tak sempat nak sarapan kerana nak kejar punch card, mereka menyediakan khidmat Kopi Drive-thru.

Memang terbaik, ambil kesempatan dalam kesempitan.

image

Mereka selesaikan masalah pekerja-pekerja di Malaysia yang suka skip sarapan pagi kerana tiada masa dan tidak sempat dengan menyediakan sarapan drive-thru.

image

Dalam dunia hari ini siapa yang bijak ambil kesempatan dialah juara. Dialah yang akan berjaya.

Hidup ini adalah tentang usaha.

image

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
(Visited 46 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.