Kisah Budak Kampung Yang Bodoh

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Budak Kampung Yang ‘Bodoh’…

‘Bodo mung’ dah lali aku dengar. Dah jadi makan pakai aku.

Ayat yang biasa sangat aku dengar baik dari kawan sebaya atau yang lebih dewasa. Tapi aku anggap ia sebagai gurauan. Aku sudah masak, sudah lali dengan semua itu.

Aku ingat semua berhenti di situ. Tapi tak…

‘Baso bodo dok reti aku nak ajar doh’ ada juga cikgu aku yang merungut pada aku. Ya, jiwa kecil aku penuh dengan bangkangan. Maafkan aku cikgu cikgu. Dan terima kasih cikgu cikgu sebab ajari aku.

Memang aku agak lembab dalam kelas bahasa, baik bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Dan itu juga salah Satu sebab aku mengelak masuk ke Sekolah Arab seperti mana yang abah mahukan. ‘Maafkan aku, abah’.

Maafkan Aku Kerana Tipu Ma

Ma tahu aku lemah dalam sesetengah mata pelajaran, Ma pernah menyuruh aku ke kelas Tuisyen.

‘Mu gi la ke kelas tuisyen tu. Ma dengar ramai yang gi kelas tuisyen berjaya. Nanti Ma wi duit.’ Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Ma.

‘Kalau Mu tak se gi Tuisyen Tumpat, Mu gi Tuisyen Kota Bharu deh’ sambung Ma aku lagi.

Aku hanya mengangguk. Ma memberikan duit tambang bas dan duit yuran. Ma nak aku berjaya. Aku tahu dari kata-kata dan mata Ma masa dia bercakap dengan aku. Penuh harapan.

Esok hari aku ke Kota Bharu, menaiki bas bersama seorang kawan. Niat memang nak ke Kelas Tuisyen dengan beg galas dan buku nota.

Dalam bas aku berkira-kira. Yuran tuisyen kalau tak silap aku masa itu lebih kurang RM35 sebulan untuk beberapa mata pelajaran PMR. Aku kira kalau selama 2 tahun Ma perlu biaya Tuisyen aku memang teruk juga.

Akhirnya aku nekad ke kedai buku dan membeli beberapa buku rujukan sahaja. Aku langsung tak pijak ke kelas Tuisyen.

Balik ke rumah aku cakap ‘Ma kelas tuisyen penuh doh. Kalau nak daftar tahun depan’. Aku ciptakan alasan dan menipu ma aku. 

Kerana Cabaran Aku Menapak Maju

‘Long, tak pandai jaga anak. Anak long semua tak gi jauh ngaji. Lawa tapi tak pandai’ Itu kata-kata yang keluar dari mulut saudara aku sendiri. Pedih aku mendengarnya.

Dan kerana kata-kata itu aku berusaha nak buktikan aku boleh dan aku anak Ma yang boleh berjaya seperti orang lain. Alhamdulillah keputusan PMR membuatkan aku boleh masuk ke MRSM.

Syukur alhamdulillah aku telah buat Ma Abah tersenyum walaupun aku pernah menipu mereka.

Ia tak berakhir di situ, semasa aku nak melangkah ke Matrikulasi sekali lagi aku di cabar.

‘Gi ngaji ni belajar jangan mengorat pula, tau anak mak long semua laku-laku’ sekali lagi Ma aku di sindir. Memang berapi telinga dengar.

‘Aku akan buktikan pada semua orang anak Ma Abah aku pun boleh berjaya’

Budak Kampung Yang Bodoh

Aku budak kampung yang ‘bodoh’, yang bertuah lahir dalam keluarga yang sederhana, anak ma abah. Dulu di panggil ‘adik’ sebab kononnya bongsu, tapi bongsu tak jadi. Ada lagi 3 adik aku bawah aku.

Syukur alhamdulillah… aku yang dulu kecil sekarang sudah mula kembang. (Tengok gambar di bawah… hasil sebelum dan selepas)

Step pertama telah lama selesai, step kedua juga telah selesai. Insyallah akan melangkah ke step ketiga.

Kenapa aku nak juga melangkah ke step ketiga?

Untuk kepuasan diri. Itu saja.

Biar ada kawan tanya ‘Untuk apa kau sambung belajar?’. Dan ada saudara bertanya ‘Boleh naik gaji ke?’.

Aku tiada jawapan untuk keduanya. Aku hanya mencapai kepuasan diri dan membuat ma abah tersenyum. Itu sudah cukup buat aku.

Sudah dua kali aku buat mereka tersenyum. Insyallah akan aku buat mereka terseyum buat kali ke-3.

Budak Kampung Yang Bodoh Pun Boleh Berjaya
Budak Kampung Yang Bodoh Pun Boleh Berjaya

Hidup ini tidak mudah segalanya perlukan usaha.

Biar apa orang nak kata tapi jadi apa yang kita nak jadi.

Terima kasih buat Ma Abah, Isteri, Anak-anak serta keluarga kerana sentiasa menyokong aku selama ini. Terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 44 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.