Kenapa Lelaki Dewasa Semakin Kebudak-Budakan… Makin Berumur Makin Menjadi

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Biasa kita dengar manusia akan semakin matang seiring dengan peningkatan umur. Makin berusia makin matang, makin macho dan makin meningkat sahamnya. Terutamanya lelaki.

Betul tak? Ada yang nak menafikan.

Lelaki Dewasa Semakin Kebudak-Budakan
Lelaki Dewasa Semakin Kebudak-Budakan

Mungkin entri ini sekadar pendapat dan pandangan aku dari pengalaman atau cerita kawan-kawan sekeling aku saja. Saja aku kongsikan kat sini, agar isteri, tunang dan girlfriend yang kat luar tu yang lain jantina faham perasaan lelaki.

Kenapa Lelaki Dewasa Semakin Kebudak-Budakan

Isteri saya sendiri pernah tanya ‘Beli mainan? Buat apa?’

‘Umur dah masuk 3 siri masih nak main mainan ke?’ 

‘Kepuasan la. Dah lama aim nak beli’ jawab saya selamba sambil terus membayar tanpa pedulikan isteri kebingungan.

‘Dah besar baru nak main mainan ke bang oi’ sambung lagi kuliah dari isteri tersayang. Nampak gaya panjang bebelnya kali ini.

Saya buat tak tahu. Boo… layan…

‘Dari kecil minat robot-robot ni. Tapi dulu tak mampu nak miliki. Sekadar tengok iklan je dalam tv. Sekarang dah ada duit sikit abang beli lah. Tak salahkan. Hobi yang tertangguh.’ terang saya pada isteri sambil tersenyum lebar.

Tengok muka isteri dah mencebik geram.

Hobi Yang Tertangguh

kekadang lelaki ni ada sesuatu hobi yang mereka suka dari kecil tapi masa tu tak mampu ketika itu, mungkin kerana faktor kewangan.

Gunpla menjana minda kreatif
Gunpla menjana minda kreatif

Bila dah dewasa ada duit lebih mulalah mereka mula semula hobi yang tertangguh.

Antara hobi biasa yang lelaki suka buat adalah:

  • Kumpul figurine dari anime atau watak superheroes/comic contoh Hot Toys Iron Mans, Play Arts Kai etc
  • Kumpul gadget dari filem/anime/cartoon contoh seperti jam, tali pinggang dan etc
  • Kumpul kereta remote control
  • Kumpul kereta Hot Wheel atau Tomica
  • Kumpul Gunpla
  • Kumpul G-Shock

Memang banyak lagi hobi lelaki dewasa yang semakin kebudak budakkan ini. Hobi ini kekadang nampak membazir tapi bagi mereka ia mempunyai nilai yang tersendiri.

Memang seronok bila dapat melaksanakan hobi yang tertangguh.

Saya pun masuk kelab lelaki dewasa semakin kebudak-budakan….

Fahami Kompenen Kereta Anda Dan Elakkan Ditipu 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge