Bersedia Untuk Bersara: Adakah Simpanan Kita Mencukupi?

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Berapakah simpanan kita untuk hari persaraan kelak? Seribu sebulan? Dua ribu sebulan? 3 ribu sebulan?

Mungkin ada yang menjawab ‘Aku tak perlukan banyak, anak dah besar tinggal aku dan isteri saja yang tinggal di rumah’

Adakah simpanan kita mencukupi?
Adakah simpanan kita mencukupi?

Ya, jawapan itu memang betul. Komitmen kita akan berkurang apabila anak sudah besar dan sudah berkerja. Tapi tahukah kita kadar inflasi kelak?

Mungkin nilai RM 30,000 hari ini tidak sama dengan RM 30,000 pada 25 tahun yang akan datang. Apapun saya tidak berniat untuk kupas tentang inflasi hari ini cuma mengupas tentang perancangan kewangan untuk bersara.

Adakah Simpanan kita mencukupi?

Soalan pertama saya ‘Berapa ramai yang membuat simpanan dari mereka mula bekerja? Secara kosisten setiap bulan? ‘ 

Sila jawab sejujurnya. Berapakah simpanan anda untuk hari tua kelak?

Yang banyak saya dengari adalah jawapan berkut ‘Mana nak simpab bro, duit cukup makan pakai je bro?’

Dan yang lagi best ada menjawab ‘Ada juga yang cakap duit EPF kan ada.’

Cukupkah duit EPF tu? Berapa lama duit EPF tu akan bertahan selepas kita keluarkan pada umur 55 tahun nanti?

Katakanlah dapat RM 100,000.00 dan perbelanjaan sebulan kita adalah RM 3,000.00 maka duit itu akan bertahan selama 33 bulan. Bersamaan dua tahun 9 bulan. Betul?

Itu belum lagi kos luar jangka dan juga perbelanjaan kehendak. Macamana?

Mula merancang untuk hari tua hari ini. Mulakan simpanan. Kalau susah sangat mulakan RM100 sebulan secara kosisten katakan bermula usia 30 tahun jadi jumlah simpanan pada usia 55 tahun adalah RM 60,000.00.

Jadi mula melabur sebanyak mungkin pada waktu muda. Kirakan berapa wang persaraan yang kita perlukan dan simpan secara kosisten.

Tips simpanan wang persaraan:

  • Simpan secara kosisten setiap bulan. Lebih mudah dengan buat pemotongan terus dari akaun bank.
  • Cuba naikkan jumlah simpanan setiap tahun. Contoh tahun pertama mungkin RM100 sebulan, tahun kedua cuba pula RM200 sebulan.
  • Disiplinkan diri menyimpan dahulu baru menggunakan
  • Rancang perbelanjaan sebaiknya
  • Sebaiknya labur bukan sekadar simpan. Labur didalam Unit Amanah contohnya yang mempunyai kuasa kompaun yang baik.

Dan pilihlah untuk laburkan duit EPF anda di jalan  yang lebih baik. Banyak pelaburan yang ada dipasaran. Hanya tunggu kita sahaja untuk memilih untuk melabur atau tidak. Kerajaan membenarkan kita melabur wang EPF akaun 1 jadi laburlah sebaiknya.

Fikir-fikirkan untuk masa depan kita.

Nak tahu lebih lanjut untuk perancangan kewangan boleh PM atau whatapps 0182477971-zaidi

Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge