Kenapa Perlu Melabur? Matlamat Kewangan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kenapa perlu melabur? Tanyalah diri anda masing-masing.

’emmmm’, ‘ahhhhh’…. Masih buntu nak menjawabnya?

Dari kecil kita di ajar untuk menabung? Betul kan? Kenapa kita di ajar untuk menabung? Perlukah kita menabung?

Kenapa Perlu Melabur
Kenapa Perlu Melabur

Saya tak tahu orang lain. Tapi dari kecil saya sendiri di ajar oleh ma abah saya untuk usaha sendiri untuk membeli barang yang saya mahu. Sebagai contoh; untuk beli komik Juara Wira dan Pendekar Laut kegemaran saya, saya perlu kumpul duit belanja sekolah. Ikat perut tak makan untuk beli komik.

Kenapa Perlu Melabur?

Jawapannya sama dengan contoh saya diatas untuk beli komik.

Pelaburan dilakukan dengan sesuatu sasaran, sesuatu matlamat. Berikut contoh-contoh matlamat pelaburan

  • Rumah impian – jadi kita memilih untuk gandakan duit kita untuk membeli rumah melalui pelaburan
  • Pendidikan – kita tidak tahu berapakah kos pendidikan di masa depan. Untuk anak anak kita terutamanya. Kos yang hari ini RM10,000 boleh jadi berjumlah RM30,000 suatu masa nanti? Mustahilkah? Tidak bukan
  • Wang Persaraan – Ini juga sesuatu yang penting kita tidak tahu bila kita akan bersara jadi sebaiknya rancang wang persaraan mulai hari ini.

Jadi, saya tanya semula. ‘Kenapa perlu Melabur?’

Jawapan ada pada diri anda. Apa yang anda mahukan di masa depan itulah matlamat pelaburan anda.

Jangan pernah rasa rugi untuk melabur. Jangan pernah rasa lewat untuk melabur. Kerana lebih rugi jika kita langsung tidak bertindak.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berapakah simpanan kita untuk hari persaraan kelak? Seribu
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
Saya tidak follow sangat Olympic Rio 2016, hanya beberapa acara yang menjadi perhatian saya macam
(Visited 9 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge