Cukupkah Wang Persaraan Kita?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku

Terbaca satu artikel yang menarik di themalaymailonline.com yang bertajuk 91 peratus rakyat tidak boleh bersara sebab tiada wang, kata HSBC. 

Petikan artikel adalah seperti berikut:

Cukupkah Wang Persaraan Kita?
Cukupkah Wang Persaraan Kita?

Hutang yang banyak dan tabungan yang rendah merupakan antara sebab utama rakyat Malaysia tidak boleh bersara.

Laporan oleh HSBC menyebut 91 peratus rakyat Malaysia berusia 45 dan ke atas, yang mahu besara dalam tempoh lima tahun akan datang, tidak dapat berbuat demikian disebabkan kekangan kewangan.

Ketua pengurusan kekayaan HSBC Malaysia Lim Eng Seong yang memetik laporan itu berkata lebih 18,000 orang dari 17 negara, termasuk 1,105 rakyat Malaysia, menyertai tinjauan dua bulan itu.

Peserta kajian menyatakan mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi kerana bergantung semata-mata ke atas pendapatan, selain hutang pinjaman perumahan.

Mereka berkata bil kesihatan dan yuran pendidikan anak-anak sebagai sebab utama mereka tidak mempunyai tabungan yang mencukupi untuk bersara, katanya pada taklimat mengenai masa depan persaraan di sini hari ini.

Sejumlah 69 peratus rakyat Malaysia yang berusia 45 dan ke atas, mahu bersara dalam tempoh lima tahun akan datang jika keadaan mengizinkan, kata Lim. (Sumber: themalaymailonline)

Cukupkah Wang Persaraan Kita?

Dalam beberapa entri sebelum ini saya turut membincangkan hal wang persaraan iaitu:

Melihat artiket yang diterbitkan di atas, sekali lagi timbul persoalan dalam minda saya ‘Adakah aku termasuk dalam golongan 91% itu?’

‘Cukupkah Wang Persaraan Kita?’. Cukupkah? Boleh dikatakan setiap bulan duit gaji habis membayar hutang.

Duit simpanan ada tapi masih sedikit bagi saya. Dan saya yakin ia belum cukup untuk saya bersara.

Tetapkan Matlamat Pelaburan
Tetapkan Matlamat Pelaburan

Sedikit simpanan saya masukkan dalam Unit Amanah, ikat perut sikit dan disiplinkan diri. Saya membuat pemotongan terus dari akaun bagi memastikan setiap bulan simpanan adalah secara konsisten.

Duit EPF turut saya laburkan dalam Unit Amanah. Ini adalah untuk memaksimakan wang perasaraan saya kelak. Kerana duit EPF akaun 1 hanya dapat saya keluarkan pada umur saya 55 tahun. Jadi saya maksimakan duit sebelum tempoh tersebut.

Matlamat saya adalah jangka panjang. Gandakan wang simpanan sebelum saya bersara agar saya boleh menggunakan kelak.

Apapun rancanglah sebaiknya duit persaraan kita. Jangan biarkan kita termasuk dalam 91% golongan yang disebut di atas.

Mohd Zaidi
0182477971
Perunding Unit Amanah

Kecoh sehari dua ini pasal duit derma dipulangkan bagi menunjukkan keikhlasan hati penerima derma untuk
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Pembeli Bijak Ketika
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
(Visited 52 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.