Harapkan Tuah Lebih Baik Tahun 2016

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan merundum yang amat sangat. Saya sendiri amat kecewa bila post-mortem diri saya.

Harapkan Tuah Tahun 2016 Lebih Baik
Harapkan Tuah Tahun 2016 Lebih Baik

Tahun 2015 saya hanya fokus pada tugas hakiki saya dan penjualan M-Prolabs sahaja dan banyak abaikan kerja lain saya. Masa lain saya habiskan dengan beraktiviti di Oasis Gym, Kuantan dan kekadang di Titanium Gym, Jalan Teluk Sisek.

Harapkah Tuah Lebih Baik Tahun 2016

Pada tahun 2016 ini saya tetap kekal dengan kerjaya saya dalam bidang senggaraan bangunan. Tetap sama cuma lokasi berbeza, jika dulu di Pahang sekarang di Negeri Sembilan.

Selepas sebulan di tahun 2016, kerja tetap seperti biasa. Kekalkan prestasi dan fokus pada kerja semasa. Cuma hasrat untuk lebih praktis kepada pengurusan dan kurangkan handskill. Insyallah.

Penulisan Daddydee.net

Sememangnya penulisan saya pada tahun 2015 memang paling teruk dan paling kurang sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blogging.

Mungkin dek kerana kesibukan kerja dan tugasan saya yang memerlukan saya menjelajah seluruh Pahang, masa untuk atas talian adalah kurang. Hehehe… Sekadar alasan.

Insyallah tahun 2016 saya akan cuba yang terbaik untuk terus menulis dan berkongsi sebaik mungkin dengan pembaca semua.

Agen M-Prolabs

Alhamdulillah, permintaan M-Prolabs masih lagi tinggi. Masih ada pembeli dari sebelah Pantai Timur terus mencari saya untuk dapatkan produk.

Sememangnya saya juga pengguna M-Prolabs. Dan saya sendiri amat berpuas hati dengan M-Prolabs ni.

Antara Kelebihan M-Prolabs
Antara Kelebihan M-Prolabs

Serba sedikit pasal M-Prolabs ni:

  • Memberikan tenaga untuk aktiviti seharian
  • Meningkatkan stamina dan fokus
  • Membantu mencegah diabetis dan darah tinggi
  • Menambah hormon testosterone lelaki
  • Meningkatkan prestasi seks

Lagipun ia adalah produk tempatan dan Bumiputera. Jadi supportlah produk orang kita. Tak gitu?

Agen Unit Amanah

Insyallah untuk 2016 saya akan terus berkongsi di blog daddydee.net tentang kebaikan melabur dalam Unit Amanah.

Bagi yang berminat nak melabur atau nak tahu tentang pelaburan boleh hubungi saya terus di 0182477971. Saya sediakan khidmat nasihat percuma berserta air suam free… Hehehehe… Gurau je.

Agen Takaful

Ini dunia baru saya, tahun 2016, saya memulakan langkah perjuangan saya dalam bidang Takaful. Semua ini terdetik dek kerana kesedaran tentang perancangan kewangan dalam diri saya dan hasrat untuk membantu ramai orang faham tentang kewangan.

Untuk itu juga saya telah memulakan penulisan di blog Takaful4u.com. Blog ini hanya memfokuskan tentang persoalan berkenaan Takaful dan perancangan kewangan, akan saya selitkan juga tentang Unit Amanah dan ASB Loan disana. Insyallah.

Buka Perniagaan Baru…

Insyallah masih dalam perancangan. Akan dimaklumkan jika ada perkembangan nanti.

Kekal Positif pada tahun 2016
Kekal Positif pada tahun 2016

Dalam keadaan ekonomi yang suram dan politik Malaysia yang hambar, usaha kita kena lebih. Untuk kekal berjaya.

Dan paling penting adalah kekal positif pada tahun 2016.

Penat… Letak tepi.

Yang Benar,
Mohd Zaidi
0182477971

Kehidupan sebagai agen macam ni lah. Stock yang habis perlu di Re-Stock dengan segera. Kikiki...
Siang tadi terima satu Whatapps dari pelanggan yang berminat dengan M-Prolabs Alpha Capsule berbunyi begini:
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Masih tercari-cari produk kesihatan yang sesuai untuk kaum
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Harapkan Tuah Lebih Baik Tahun 2016”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge