Misteri Hantu Kopek

Hantu kopek – Puaka yang sangat suke menculik mangsa dan menyembunyikannya mangsa di alam ghaib. Orang tua selalu menakutkan bebudak kampung ngan ceritera hantu kopek nie. Hantu ni sangat la misteri.

Di kampung, hantu kopek amat lah glamer mengalahkan Ct Nurhaliza lagi. Seb baik hantu kopek ni tak menyanyi cam Ct. Kalo tak, memang tak cari makan la Ct. heheheh

Ada yang pernah bersua muka ngan hantu kopek nie cakap hantu kopek ni mempunyai kopek yang sangat besar. Cup-cup tok sah cakap. Kompom xmuat. Pasal ada yang cakap kopek dia sebesar peti ais.


Misteri hantu kopek turut di takuti di sebuah sekolah berasrama di kampung tersebut. Ini berikutan misteri kehilangan seorang pelajar sekolah tersebut yang ‘fly wihtout wing’ secara berkumpulan. Namun beliau sangat bertuah kerana dia telah disorok oleh hantu kopek. Mangsa hanya ditemui 2hari kemudian dekat dengan tangki air asrama.

Untuk ‘fly’, para pen’fly’ kena melalui longkang besar. Kerna itu lah jalan yang paling selamat dalam sejarah yang pernah direncanakan oleh para senior asrama itu sejak turun-temurun. Laluan ‘fly’ tue memang gelap sebab tue la selamat dari pandangan warden. Kawasan tue jugak agak bersemak.

Hantu Kopek cam ni ke?
Hantu Kopek cam ni ke?

Pada suatu malam bulan purnama penuh, 5 sahabat merencana untuk ‘fly’ untuk membeli bekalan rokok, jajan, daun terup dan tidak lupa ‘char keuy teow’ untuk santapan malam itu. 5 sahabat tue adalah Din, Mie, Jue, Lie dan Bob.

Din memang otai bab checking line nie. Superb bab check lain. Bob plak adalah banker. Bapak dia orang kaya. Duit Bob memang mewah, xpercaya tengok la perut Bob, memang besar beb. So dia orang penting kerna duit beliau. Mie, Jue dan Lie cam biasa. Pak semak je.

Rancangan ‘fly’ mereka rencana kan berjalan lancar pada jam 9.30 malam time bebudak lain still dok prep. Bekalan rokok Dunhill dan Surya da di beli. Char Keow Teow yang dipesan bebudak jugak telah dibeli. Kacang ngan ying, super ring, twisties dan daun terup juga telah dibeli.

Sampai je dekat longkang besar tue. Lie mula rasa seram sejuk.

‘Wei, aku rasa semacam je’ cakap Lie.

Mie dan Jue muka da pucat takut. Diorang memang penakut.

‘Cepat la masuk’ cakap Din sambil melompat longkang besar tue. Din mengepalai.

‘Xde ape la. Korang ni takut sangat la.’ sound Bob sambil makan Twisties.

Lie, Mie dan Jue xpedulikan Bob. Terus masuk ke dalam. Dan terus menyelinap masuk ke asrama. Pagar memang berlubang. Disediakan oleh para senior untuk kemudah para pen’fly’.
Diorang terus berjalan tanpa pedulikan bob.

Titiba…..

‘Tolong….Tolong….Tolong’ terdengar sayup suara meminta tolong.

‘Cam suara Bob. Jom cari dia’ sound Din.

Mereka cari Bob tapi tidak jumpe. Kelibat Bob langsung x di temui. Selipar yang di pakai Bob jugak hilang.

Jam sudah pukul 11 malam. Dari jauh kedengaran bunyi moto C70 milik Cikgu Zul, warden asrama mendekati. Lelaju diorang suma blah dari situ. Balik ke dorm. Selamatkan diri dari ditangkap cikgu Zul yang ganas cam hitler tue.

Sampai di dorm suma pakat tanya pasal Bob. Tinggal misteri. Jam 12malam kelibat Bob masih tidak nampak.

Gempar seluruh asrama lelaki Bob di sorok hantu Kopek. Hebah seluruh asrama. Ade yang mula tido beramai-ramai takut hantu Kopek mengganas malam tue.

Tepat pukul 2.00 pagi. Seluruh dorm da bergelap. Pasal pukul 12 malam da kena light off kecuali bilik study je. Suatu bau aneh mula menusuk hidung penghuni dorm. Suatu lembaga yang bersusuk besar kelihatan menuju ke dorm C. Pintu dorm C dibuka lembaga terbabit. Kuakkk….Bunyi pintu asrama buruk.

‘Bob’ tetiba Din bersuara.

‘Wei. Camne kau leh lepas dari hantu Kopek, Bob?’ tanya Mie yang bermulut celupar tue.

‘Hantu Kopek???Apakah’ rengus Bob pelik.

‘Tadi aku jatuh longkang. La ngek. Korang memang mangkuk aku mintak tolong haram sekor pun x datang tolong. Ni abes baju aku kena air longkang. Pastu cikgu Zul ngan pak gaurd datang lepak kat situ lama. Aku dok la nyorok dalam pembentung tue. Da lama sangat aku tetido dalam tue. Bukan kena sorok ngan hantu Kopek. Sial.’ cite Bob panjang lebar.

Suma yang sedari tadi ketakutan dengan hantu Kopek da mula hilang bila dengar cite BOb. Nak tergelak tapi xsampai hati. Hanya gelak dalam perut je la.

Sejak ari tue Bob da serik ‘fly’. Dia just bagi arahan dan bagi duit. Yang penting makanan dia sampai. Bob memang hantu, Hantu Makan. Tue yang badan cam anak jin.

(Sumber: fly5483)

PS: Entri recycle dari blog lama. Harap maklum

  'Lap tingkap ye makcik' 'Aaah...Lap Tingkap' 'Tak takut makcik?' 'Apa nak takut. Dah bertahun
Kecoh sehari dua ini pasal duit derma dipulangkan bagi menunjukkan keikhlasan hati penerima derma untuk
(Visited 82 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Misteri Hantu Kopek”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge