Remaja Ini Cedera Kerana Vape Meletup

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Canada tercedera kerana Vape meletup. 

Remaja lelaki ini menggunakan Vape, Phantom e-cigarette buatan syarikat dari China iaitu Wotofo dari Shenzhen China.

Vape Meletup: Seorang Remaja Cedera
Vape Meletup: Seorang Remaja Cedera

Akibat dari letupan tersebut menyebabkan Ty Greer melecur tahap pertama dan kedua serta dua batang gigi terpaksa dirawat menggunakan kaedah ‘root canal’.

Menurut bapa remaja tersebut

Muka anak saya terbakar, dua batang giginya rosak. Kerongkong dan lidahnya turut terbakar. Dan adalah bernasib baik kerana ketika kejadian Ty memakai cermin mata jika tidak pasti akan menyebabkan kerosakan pada matanya.

Dia sengsara yang amat sangat bagaikan mahu mati.

Saya berharap produk yang tiada kawalan standard seperti ini di ban. Amat menyedihkan untuk melihat hal seperti ini berlaku pada orang lain.

Buat masa ini masih tiada respon balas dari pihak pengeluar atau pengedar dari Canada.


Sekadar Peringatan!

Entri ini bukan untuk menunjukkan bahaya Vape.  Tidak sama sekali.

Apatah lagi untuk untuk bergaduh dengan Vapers di luar sana dan seterusnya membenci blog daddydee.net.

Entri ini sekadar peringatan bersama. Baik kepada Vaper dan bukan Vaper, sama kita saling mengingati.

Bahaya ada dimana-mana, Dan kemalangan tidak berbau. Jadi berhati-hatilah.

Bagi saya sendiri, lebih baik memilih produk yang ada jaminan kualiti biarlah mahal sedikit dari merbahayakan nya. Tak gitu?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas beberapa tahun berbakti pada diri aku, kira-kira
Semalam saja Up satu status di Facebook pasal bengang dengan Plan Celcom First, yup berkenaan
Stress? Semua orang ada stress. Masalah? Semua orang ada masalah. Marah? Semua orang ada perasaan
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
(Visited 49 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Remaja Ini Cedera Kerana Vape Meletup”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.