5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Batman VS Superman Filem Penuh Dendam

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan menyibukkan diri dalam dunia offline, sibuk dengan tugas hakiki dan juga perunding Takaful (atau lebih tepat Wealth Planner). Alhamduillah i love what I’m doing now. Feel please to visit my new blog takaful4u.com.

Last week berkesempatan untuk menonton Batman Vs Superman, di Palm Mall Seremban. Walaupun ada banyak review yang menyatakan filem Batman Vs Superman ni kurang mengancam. Kurang umphhh… Dan pelbagai lagi lah. Well, masing masing punya pandangan kan.

Sinopsis Batman Vs Superman

Buat yang belum menonton Batman Vs Superman (BvS) ni, ada baiknya juga untuk tonton filem Men Of Steel dulu dan fahamkan.

Filem BvS ni lebih berkisarkan dendam Batman kepada Superman, dalam filem ni korang akan saksikan sifat Batman yang penuh dendam kesumat dan amat dark. Memang lakonan Ben Affleck memang terbaik.

Batman Vs Superman
Batman Vs Superman

Batman tua yang penuh dendam dan Superman penuh cinta kasih sayang.

Ketika pergaduhan antara Superman dan General Zod, banyak tempat telah rosak dan ramai yang terbunuh. Dan pekerja Bruce Wayne di Wayne Finance antara mereka yang terkorban.

Bagi Batman, Superman adalah alien yang akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan bukannya penyelamat.

Dalam Batman sibuk mencari kaedah untuk menewaskan Superman, Lex Luther mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan Superman dan Batman. Lex juga telah mengkaji tentang kewujudan manusia luar biasa ini.

Lex telah mempergunakan kelemahan Superman untuk mengawal Superman agar menewaskan Batman. Siapa yang akan menang?

Doomdays
Doomdays

Lex Luther juga telah mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula General Zod yang kembali sebagai Doomdays.

Doomdays kalau mengikut komik adalah musuh Superman yang mampu membunuh Superman. Adakah Superman akan mati?

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Batman VS Superman Filem Penuh Dendam

Ok ni saya kongsikan 5 sebab Kenapa Perlu Tonton Batman Vs Superman

  1. Peminat komik superheroes, terutamanya komik Batman atau Superman.
  2. Nak tahu bagaimana Batman dilahirkan dalam versi Zack Snyder, bagi saya ianya agak berbeza dari versi sebelum ini.
  3. Nak lihat Batman yang dark dan penuh dendam. Kalau selama ini kita kerap dihidangkan watak Batman yang kaya dan playboy je.
  4. Nak tahu bagimana wujudnya Justice League.
  5. Bagi yang nak tonton filem Batman Vs Superman

Kalau nak tahu pergilah tengok, memang filem ini agak berat. Dan mungkin bosan bagi sesetengah orang.

Tapi pandangan saya, Zack Snyder ada cara untuk fahamkan penonton filem ini yang bukan peminat komik. Kalau sesetengah filem adaptasi kita tonton dengan 1001 pertanyaan jika kita tak baca komik nya. Tapi bukan filem Batman Vs Superman.

Saya boleh berikan rating 8/10 untuk filem ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Thriller Upside Down Sinopsis Upside Down Movie ini
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Sekadar ingin berkongsi salah satu movie yang bagi saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu
(Visited 39 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Batman VS Superman Filem Penuh Dendam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge