Bahana Tinggal Dengan Mertua… Mesti Di Ambil Tahu Oleh Semua Terutama Bakal Pengantin.

Bahana Tinggal Dengan Mertua
Bahana Tinggal Dengan Mertua

‘Bila kau nak pindah? Boleh kau tinggal dengan mertua ya?’

‘Susah duduk dengan mertua ni. Itu ini tidak kena. Semua salah’

‘Aku tak suka balik rumah mertua aku. Rimas.’

Dan banyak lagi yang sering saya dengar. Itu kata mereka. Itu hak mereka.

Saya diam saja. Malas nak melenting malas nak komen. Diam itu lebih baik kan. Bertekak dalam hal tak patut penat tapi hal sebenar kau tahu kan.

Bahana Tinggal Dengan Mertua

Buat yang baru nak berkahwin, atau sudah berkahwin sila dengar sini. Ini antara Bahana Tinggal Dengan Mertua.

  • Kau akan hilang privacy. Ya, apa jua kau buat akan disaksikan oleh mertua
  • Kau tak bebas. Kau bukan boleh keluar masuk sesuka hati kau di rumah. Nak buat cam ‘check in’ hotel lagi lah kena marah.
  • Kau kena ikut tertib mereka. Ya semua ada peraturan. Dari peraturan keluar masuk rumah, peraturan guna tandas, dan peraturan guna dapur. Boleh kata semua ada peraturan.
  • Kau kena tebalkan telinga. Boleh kata hari hari kau boleh dengar mertua kau membebel.

Tapi apa yang tidak boleh saya nafikan, bila berkahwin ikatan itu terjalin bukan sekadar kita suami isteri tapi kedua dua belah keluarga. Mak mertua dah menjadi seperti mak kita, bapa mertua dah jadi seperti bapa kita. Senang cakap kedua dua mertua adalah orang tua kita.

Hormati Mertua
Hormati Mertua

Tapi sepanjang saya tinggal dengan Mertua, dari mula berkahwin hingga sekarang (hampir 6 tahun), saya bersyukur Alhamdulillah. Keputusan yang saya buat adalah tepat.

Banyak yang saya belajar sebenarnya:

  1. Pintu rezeki akan sentiasa terbuka bila kita berbuat baik pada orang tua. Insyallah. Walaupun tengah kesempitan kekadang ada saja rezeki yang mendatang tanpa di duga.
  2. Mengajar sikap sabar – Seperti saya katakan tinggal dengan mertua banyak peraturannya dan ia telah membentuk sifat sabar dalam diri saya sendiri.
  3. Mematangkan diri – bila tinggal dengan orang tua ada saja pelajaran setiap hari yang kita perolehi secara tidak langsung. Dan ia akan mematangkan kita untuk jadi lebih baik.
  4. Kita juga bakal tua – apa yang kita lihat hari ini mungkin kita akan lalui kelak. Sebab kita juga bakal tua, bakal jadi bapa/ibu, bakal jadi datuk/nenek.
  5. Berjasa pada orang tua tidak pernah rugi, bagi saya ia adalah satu rahmat yang amat besar.

Bagi pasangan yang bakal dan dah berkahwin, berjasalah kepada orang tua kita (ibu bapa dan kedua mertua) ada hikmah disebalik semua kejadian yang terjadi. Insyallah ada berkatnya. Ada rezeki disebalik.

Yang penting. Ikhlaskan hati.

DUIT – Doa Usaha Iktiar Tawakal

PS: Disini saya nak minta maaf pada Penulis Misteri, saya tak kenal dia tak tahu siapa dia. Mungkin dia pernah tinggal dengan mertua dia mungkin tidak. Tapi terima kasih kerna beliau lahir entri ini.

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 133 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Bahana Tinggal Dengan Mertua… Mesti Di Ambil Tahu Oleh Semua Terutama Bakal Pengantin.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge