Buffet Ramadhan dan Budaya Membazir

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Lama sudah tidak menulis di blog daddydee.net ini malah takaful4u.com pun agak terabai, mood menulis memang kurang sekarang ni.

Bulan tak mahu menulis tapi bagi saya lebih baik kosong dan bisu dari terpekik tanpa isi. Penulisan biarlah berisi.

Buffet Ramadhan dan Budaya Membazir

Budaya Membazir
Budaya Membazir

Semalam buat pertama kalinya dalam tahun ini saya hadir ke majlis berbuka puasa secara buffet yang dianjur oleh agensi takaful saya.

Sebenarnya memang tak bernimat lagi dengan buffet Ramadhan, sebutlah kambing golek ke, satay kambing ke, udang butter meletup ke, dah tiada apa bagi saya. Makan nasi dalam polisterin lebih nikmat jika kita menyukuri nikmatnya itu.

Tapi atas jemputan boss no 1 dalam agensi saya turutkan bukan kerana makanannya kerna makan dengan keluarga yang terbaik tapi saya tahu akan ada amanat dan nasihat berguna dari beliau. Alhamdulillah telahan saya benar. Dapat juga sedikit ilmu berguna dari boss dan kawan kawan dalam agensi dalam majlis itu.

Budaya Membazir… Saya sangkakan budaya ini sudah hilang dari masyarakat kita, orang Melayu kita. Rupanya tidak.

Saat pekerja restoren menyatkan makanan sudah boleh di ambil, ramai pengunjung mula tuju ke meja juadah, pilih juadah yang mereka inginkan. Boleh saya katakan hampir semua orang ambil makanan secara ‘membukit’ umpama malam ni makan yang terakhir.

Buktikan kita mampu ubah fakta ini
Buktikan kita mampu ubah fakta ini

Kalau tengok meja meja lain boleh lihat meja penuh juadah yang membukit. Berpinggan pinggan. Mungkin mereka tidak mahu ambil lagi selepas ini. Sekali ambil selesai.

Berbanding dengan meja saya rata rata dengan 1 atau 2 pinggan juadah dan air setiap seorang. Bukan kerana kata kami baik. Tapi mungkin semua dah biasa. Ambil yang nak makan dulu. Makan buffet bukan akan habis terus, rilek rilek sudah.

Kami yang terawal sampai dan antara terakhir juga balik. Sebab selepas iftar dan solat ada sedikit perbincangan ringkas.

Dan bila kami yang terakhir yang balik saya lihat banyak meja yang terbiar dengab juadah yang membukit dalam pinggang yang tidak di sentuh. Membazirnya. Masyallah.

Mungkin bagi mereka tiada rasa bersalah untuk berbuat begitu. Tapi bagi saya sungguh kesal. Kesal teramat.

Jika itu situasi di satu restoren, bagaimana di restoren lain? Di hotel hotel lain? Malah di rumah juga? Berapa banyak makanan yang sudah kita bazirkan sepanjang bulan Ramadhan kali ini? Berapa banyak yang sudah kita masukkan ke tong sampah?

Sedangkan di luar sana masih ramai yang makan dalam keadaan berkira kira. Nak makan pun tiada duit tiada beras. Fikirkan.

Jangan terlalu pentingkan diri duhai sahabat. Buangkan budaya membazir makanan dari diri kita.

Tips Untuk Makan Buffet

  1. Tentukan portion makanan yang kita perlukan. Jangan fikir semua kita mahu makan tapi ambil ikut had yang badan kita perlukan.
  2. Ambil yang kita mahu saja. Saya selalunya survey dulu apa yang ada dan hanya akan ambil apa yang saya perlukan. Ambil sikit sikit sudah.
  3. Tanpa nasi. Setiap kali makan buffet saya sebolehnya elakkan nasi atau ambil dalam kuantiti dengan amat sedikit. Saya lebih suka ambil lauk saja lagipun kalau nasi perut akan cepat kenyang. Rugi.
  4. Ingat orang lain sama. Buffet tu bukan kita je yang bayar orang lain pun bayar. Jadi amalkan konsep biar sama merasa.
  5. Kuantiti bertambah. Biasanya setiap lauk atau juadah itu akan ditambah lagi, jadi tak perlu terlalu gelojoh atau ikut nafsu.
  6. Masa yang panjang. Buffet Ramadhan biasanya akan habis dalam jam 10 malam, jadi tak perlu nak ekspress sangat kalau dah selera besar dah bayar besar lepak la situ sampai habis waktu buffet dan makan puas puas.

Rasanya itu saja buat kali ini. Chilled bro. Be Smart Always Smart.

Ni la bab yang paling tak best dalam kerja 'maintanance' pagi-pagi lagi sudah main air
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 53 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.