Kesihatan: 5 Petua Untuk Kurangkan Peluh Di Ketiak

“Bagaimana nak hilangkan peluh?”

Agak susah nak jawab soalan ni sebenarnya sebab semua orang berpeluh cuma ada yang terlalu mudah berpeluh, saya sendiri mudah berpeluh. Buat kerja sikit peluh bagai nak rak.

Kurangkan Peluh Di Ketiak
Kurangkan Peluh Di Ketiak

Peluh yang terlalu banyak pasti akan menganggu aktiviti harian kita. Ya lah peluh terlalu banyak kekadang membuatkan kita rasa rimas, malu dan rendah diri untuk berdepan dengan orang ramai.

Jika anda seorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan, keadaan akan bertambah buruk biasanya. Lemak yang banyak dalam badan menyebabkan sukar untuk menyingkirkan haba dalam badan.

Sedikit perkongsian bagaimana kita dapat kurangkan peluh di ketiak.

5 Petua Untuk Kurangkan Peluh Di Ketiak

  1. Banyakkan minum air kosong bagi mengurangkan haba/menyejukkan badan.
  2. Elakkan makanan dan minuman yang meningkatkan berpeluh. Kalau boleh elakkan minuman yang berkaffien seperti coffee, coca cola, atau fat burner. Untuk makanan elakkan makanan pedas dan kari bagi mengelakkan ia merangsang kelenjar peluh untuk aktif.
  3. Pakaian yang sesuai. Sebolehnnya elakkan pakaian gelap yang bersifat memerangkap haba. Lagipun pakaian gelap mudah kelihatan jika anda berpeluh. Elakkan juga pakaian 100% kapas yang tidak membenarkan udara melaluinya gantikan dengan polyester dan pakaian yang lebih longgar.
  4. Gunakan baking soda. Campurkan baking soda dan air, biarkan selama beberapa minit. Sapukan nya di bahagian yang diperlukan seperti bawah ketiak dan biarkan ia kering. Amalkan selama beberapa hari.
  5. Gunakan deodorant. Ini cara yang paling mudah. Amalkan deodoran antirespirant untuk mengawal peluh dan mengurangkan bau badan akibat peluh. Dan sebaiknya tambahkan dengan sedikit perfume.
  6. Ini yang terbaru… Menarik untuk diguna pakai….
Mini Penyaman udara
Mini Penyaman udara

Mini penyaman udara yang baru direka oleh sebuah syarikat di Jepun. Menggunakan bateri AAA atau USB rechargeble dan mudah dikelip pada lengan baju. Ia dikatakan mampu bertahan sehingga 9 jam.

Selamat mencuba

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Seperti yang kita ketahui banyak sekarang ini produk
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menghisap Vape: Vape dan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bagaimana Ramadhan kali ini? Pasti lebih hebat dari
(Visited 184 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.