Aku Hanya Penulis Bukan Blogger…

‘Untung lah jadi blogger. Masyuk.’

‘Best jadi blogger dapat banyak sponsor’

Malah, banyak lagi bila kawan kawan aku baca link yang keluar dekat FB aku. Bila ada blog orang akan panggil blogger.

Tapi aku bukan blogger. Malu nak ngaku blogger. Blog aku yang traffic ciput ni apa la sangat kan.

Ya, aku ada blog daddydee.net dan takaful4u.com tapi aku tak rasa diri aku blogger.

Aku Hanya Penulis Bukan Blogger...
Aku Hanya Penulis Bukan Blogger…

Aku lebih selesa katakan aku penulis. Aku tulis untuk berkongsi aku tulis untuk mendidik.

Aku tidak sehebat penulis blog or penulis buku lain tapi aku tetap suka menulis. Menulis dah jadi sebahagian dari aku.

Menulis Untuk Berkongsi

Walaupun trafik rendah blog pun tak jana income sangat. Aku tetap menulis.

Sebab aku wujudkan daddydee.net untuk berkongsi. Blog ini aku tulis untuk berkongsi.

Aku tinggalkan blog heykawan.com yang memang menjana wang sebab aku rasa banyak yang mengarut dalam tu.

Untuk daddydee.net banyak sangat aku kawal sampai aku rasa blog aku membosankan di mata pembaca. Tu diorang tak mahu baca.

Menulis Untuk Mendidik

Selepas aku jadi agen Takaful aku nekad nak wujudkan satu blog yang boleh mendidik pembaca tentang takaful khususnya dan kewangan amnya. Jadi aku wujudkan takaful4u.com.

Blog takaful4u.com masih mentah nak banding dengan daddydee.net.

Tapi tulis tetap aku tulis. Sebab menulis dah jadi sebahagian dari aku.

Tak dinafikan kekangan masa dan kurang fokus menyebabkan aku kurang menulis. Insyallah aku akan terus menulis.

Doakan agar aku dapat tulis satu buku kelak. Insyallah.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam sempat meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sekarang ini sana-sini blog yang saya pergi semua
(Visited 36 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “Aku Hanya Penulis Bukan Blogger…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge