Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United

Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester United memenangi Community Shield selepas mengalahkan Leicester City 2-1.

Perlawanan yang agak menarik iaitu pertemuan dua jaguh taktikal iaitu Jose Mourinho dan Claudio Ranieri.

Leicester dilihat lebih bermain berhati-hati, mugkin Juara EPL musim lalu ini gusar melihat pasukan Red Devils yang baru dibawah boss yang baru. Ya, nyata permainan Red Devils kali ini lebih mengancam.

Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh Boss baru Red Devils, antaranya Antonio Valencia kini bermain dibahagian Right Back bukan lagi Midfields. Lingard dimasukan dalam kesebelasan utama.

Manchester United mendahului pada separuh masa pertama melalui jaringan oleh Lingard pada minit ke 32. Gol yang agak menarik yang mana Lingard mengelecek beberapa pemain Leicester sebelum merembat ke gawang gol.

Sebaik bermula babak kedua, Leicester tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan.

Musa telah mebawa bola untuk counter attack, tetapi hantaran bola nya kepada Vardy berjaya dirampas oleh Fellaini.

Tetapi, kesilapan Fellaini yang back-pass kepada De Gea yang telalu perlahan telah berjaya dirampas oleh Jamie Vardy. Seterusnya Vardy telah menggelecek De Gea untuk jaringan gol penyamaan. Counter attack yang menarik dari Leicester.

Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United
Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United

Gol lewat Ibra hadir pada minit 83. Ibra menlonjak tinggi dibelakang Morgan untuk menanduk kemas bola yang dihantar oleh Valencia.

Perlawanan Menarik

Pelawanan ini secara keseluruhannya agak menarik yang mana kedua pasukan ingin mebuktikan siapa yang terhebat. Kalau dilihat dari atas kertas memang sudah pastinya Manchester United mempunyai kelebihan dengan Rooney, Ibramovic, Mata, Valencia dan lain-lain lagi.

Tapi Leicester memang pasukan yang diboleh dipandang ringan. Pasukan underdog yang muncul Juara EPL musim lalu. Tanpa belanja besar tanpa bintang ternama, mereka muncul juara.

Tak sabar untuk menunggu Sabtu ini 13 Ogos 2016 untuk menyaksikan perlawanan EPL musim baru.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge