Menang Disanjung Kalah Dihukum

Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu:

Menang Disanjung Kalah Dihukum

Sudah menjadi kebiasaan dalam hidup di dunia ini, saat kita diatas kita disanjung bagai raja, dipuja umpama dewa. Tapi satu kesilapan bagai tiada lagi ampun, hitam lebur segala jasa.

Menang Disanjung Kalah Dihukum
Menang Disanjung Kalah Dihukum

Pandang saja kiri dan kanan. Pasti penuh perkara sebegini disekeliling kita. Ya, hanya disekeliling kita.

Kita sering merasakan semua hajat kita dicapai, bila kita mengharapkan kemenangan tapi kekalahan diterima kita berasa kecewa. Kata-kata negetif kita hamburkan.

Kita hanya mahu capai apa yang kita mahu. Kita tidak pernah peduli apa orang lain rasa. Itulah manusia yang rakus dan tamak.

Terkadang saya melihat kita manusia bagai sang algojo yang suka menghukum tanpa bicara. Kejam ya memang amat kejam.

Bagi pembunuhan menggunakan kata-kata lebih kejam dari pembunuhan menggunakan pedang atau pistol. Pembunuhan menggunakan pistol atau pedang terus mematikan jasad, habis nyawa.

Tapi pembunuhan dengan kata-kata akan membunuh jiwa seorang manusia. Mati jiwa lebih parah dari segala benda.

Bagi yang meghukum… Sudah sudahlah menjadi hakim dunia, dosa sendiri pun belum tentu kita dapat hitung.

Bagi yang dihukum… Jangan pernah merasa kalah, bangkit buktikan siapa kau. Buktikan kau adalah Juara dengan kejayaan kau.

 

Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selepas 10 bulan bermastautin di bumi Pahang, saya
(Visited 56 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Menang Disanjung Kalah Dihukum”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.