Pengalaman Pertama Menyertai Larian 5km: AIA Night Run Purtajaya

Sejak kebelakangan ini, saya banyak mencari hobi baru, bukan sebab dah bosan dengan hobi lama tapi cuba untuk mencari gaya hidup dan kepuasan yang baru.

Disebabkan sekarang ini, merempat lagi di tempat baru iaitu di Seremban, Negeri Sembilan. Dan masih kekalkan status lama ‘only weekend with family’.

CUBA DIRI DALAM LARIAN

Memang saya kurang minat larian sebenarnya. Sejak dari sekolah ia bukan sukan terbaik bagi saya. Tapi tetap pilihan terbaik untuk bersukan sebab ianya mudah.

Selalu juga bawa anak jogging kat taman. Sebab jongging ni mudah dan tak perlukan modal sangat. Ye ke?

Walhal tiap kali pergi taman kopak juga bapa nya. Hihihi.

Dan buat pertama kalinya saya cuba diri dalam larian, ini merupakan event pertama saya, AIA Night Run Putrajaya.

Pergi event sorang diri, memang terkial-kial. Dah lama tak masuk Putrajaya. Lokasi katanya dekat Kementerian Belia dan Sukan, memang lagi la tak tahu, yang tahu hanya Masjid Putra ja, dengan KKLW.

Terpaksalah gunakan khidmat abang Waze. Dah la lambat, keluar rumah pun dah 6.45 petang sangkakan jalan ‘clear’ rupanya kecewa. Jalan jammed.

Sampai Putrajaya dalam pukul 8.00 malam, terus singgah ke Masjid Putra solat.

AIA Night Run Daddydee
Masjid Putra – antara masjid yang cantik

Tapi tak mengapa, sekadar join pun Fun Run 5km. Dan ini 1st time dah tua tua ni nak lari 5km. Hahahaha… Memang semput.

Nasib baik Fun Run ni pun mula pukul 9 malam.

Di tapak banyak event lain yang boleh sertai, tapi sebab dah lambat 1 event pun aku tak dapat join. Hahahaha… Lain kali kena datang awal. Sebab night event lain dari morning event.

AIA Night Run Daddydee 2
Peserta tengah sibuk having fun… Aku tengok je la
AIA Night Run Daddydee 3
Orang tengah hangman, aku nganga je sebab ramai sangat beratur. hahahah

Memang fun run ni memang ramai la, dan macam ragam orang. Apa pun ia tetap enjoy the game. Dan yang penting ia mudah dan sihat.

AIA Night Run Daddydee 4
Dapat medal seketul. Habiskan 5km

Seronok dapat habiskan 5km fun run ni. Dan insyallah akan join lagi larian seterusnya selepas ini.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 71 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.