Tahniah Dato’ Lee Chong Wei dan Tahniah Malaysia

Saya tidak follow sangat Olympic Rio 2016, hanya beberapa acara yang menjadi perhatian saya macam biasa. Terutama sekali acara balapan itu memang favorite saya. Kalau cerita bab pertandingan kuda joget tu lagi lah tak tahu.

Tahniah Malaysia

Tahniah buat Dato’ Lee Chong Wei yang membawa pulang pingat Perak selepas kalah kepada Chen Long – 21,18, 21,18. Sememangnya DLCW pasti lebih kecewa sebab gold medal Olympic adalah antara yang diidamkan beliau selama ini.

Tahniah Dato' Lee Chong Wei dan Tahniah Malaysia
Tahniah Dato’ Lee Chong Wei dan Tahniah Malaysia

Apapun, Tahniah DLCW, anda hero kami.

Tahniah juga buat atlet-atlet Malaysia yang lain seperti Azizulhasni Awang, Tan Wee Kiong & Goh V Shem, Pandalela, Chan Peng Soon & Goh Liu Ying yang telah membawa pulang pingat buat Malaysia di Olympic Rio 2016.

Terima kasih dan tahniah buat semua atlet yang telah berjuang.

Sebenarnya, adalah satu pencapaian yang amat membanggakan yang telah dipamerkan oleh Atlet Malaysia di Olympic Rio 2016.

Paling ketara adalah squad Badminton yang telah menunjukkan pencapaian yang amat luar biasa.

Buat para pemimpin, sudah tiba masanya untuk memandang serius kebajikan para atlet dan menyediakan prasarana terbaik untuk membangunkan atlet dari usia muda.

Boleh ambil contoh negara luar seperti China, yang mana berjaya melahirkan ramai jogaan badminton dalam usia yang muda. Ini bukan untuk badminton sahaja tapi semua sukan.

Semoga sukan di Malaysia terus berkembang.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Parkour adalah satu seni yang berasal dari Perancis
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
(Visited 47 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Tahniah Dato’ Lee Chong Wei dan Tahniah Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.