31 Ogos Pengalaman Pertama Sertai Perbarisan

Bila sebut 31 Ogos dua perkara utama yang bermain difikiran adalah Merdeka dan Cuti Umum. Dan pada pagi 31 Ogos macam biasa tercongok depan Tv tengok perbarisan.

Tidak pernah terfikir langsung akan sertai perbarisan suatu hari nanti.

Kenapa? Sebab saya paling malas kawad. Asal ada kawad memang liat la nak sertai persatuan tersebut. Tapi terjebak juga sertai Kadet BOMBA zaman sekolah dulu. Hehehe…

31 Ogos - Hari Kemerdekaan Malaysia
31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia

Tapi untuk sertai perbarisan pada 31 Ogos memang langsung tak terfikir. Kali ini memang tak boleh elak. Arahan dari boss besar suruh semua turun berbaris pada kali ini. Nak atau tidak terpaksalah turun. Nama pun arahan tiada pilihan.

31 Ogos Pengalaman Pertama Sertai Perbarisan

Jam 7.00 pagi member dah mesej tanya ‘Kat mana?’. Saya jawab ‘OTW’ – Bahasa penuhnya ‘On The Way’. Hahahaha…

Rupanya 7.00 pagi kawan-kawan lain share location dah siap di lokasi berkumpul. Saya masih terhegeh bawa kereta. Hahahah…

Jam 7.30 pagi sampai dekat kawasan berkumpul, kereta dah penuh di tapak parking. Dengan selamba park tepi jalan kawasan line kuning. Tawakal saja lah. Lewat dah lewat.

Dari tapak parking menapak pula ke tempat berkumpul hampir 1000m saja. Melenggang je jalan. Masa ni orang ramai pun dah ramai berkumpul.

Pukul 8.00 pagi satu demi satu tetamu VVIP di umumkan masuk ke pentas utama. Saya layan kat skrin besar saja tak nampak pun sebab agak jauh padang berkumpul dengan pentas utama.

Dan lepas tu macam biasalah, Bacaan Doa, Rukun Negara, Ucapan MB Negeri Sembilan dan persembahan. Selesai semuanya, baru perarakan perbarisan perasatuan demi persatuan, badan demi badan.

Yang tahan, tang tembakan meriam tu. Ada dekat 7 das rasanya. Bergegar jantung beb. Fuh… Macam mana la abang soldier layan meriam hari hari ya?

Gambar Perbarisan

Asap Berwarna yang memang menarik... Lepas 5 das tembakan meriam
Asap Berwarna yang memang menarik… Lepas 5 das tembakan meriam

Dah Habis dah...
Dah Habis dah…

Pengalaman Pertama Bukan Pengalaman Malam Pertama

Sesekali buat benda yang kita tak suka best juga sebenarnya.

Pengalaman pertama bukan yang terakhir. Tapi kalau lain kali harapnya tak perlulah nak sertai lagi. Hahaha…

Jadi penonton lebih best dari masuk baris. Hahaha…

Rasa terlebih glamer pula…

31 Ogos Pengalaman Pertama Sertai Perbarisan
31 Ogos Pengalaman Pertama Sertai Perbarisan
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 31 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “31 Ogos Pengalaman Pertama Sertai Perbarisan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge