Plan Celcom First Pembohong….

Semalam saja Up satu status di Facebook pasal bengang dengan Plan Celcom First, yup berkenaan Celcom First. Boleh kata semalam sesi meluah perasaan di Facebook. Hahaha…

Ini adalah bulan kedua, saya kena benda ni, dan rasanya akan proceed hingga selamanya kalau servis level Celcom masih lagi macam ni. Dan ini kali kedua saya bermasalah dengan Celcom dulu tahun 2008.

Sememangnya saya memang banned Celcom dari hidup saya. Pernah pengalaman guna Celcom Pospaid pada tahun 2008 gitu kalau tak silap. Kes masa tu kes kita set kredit limit tapi tiada langsung notification pasal kita sudah exceed kredit limit.

Plan Celcom First Pembohong

Ok, balik pada kes yang baru ni pula guna Plan Celcom First. Ya, Celcom antara yang menawarkan Plan yang murah. RM85 sebulan dapat 10gb data (5gb weekdays dan 5gb weekend) dan Unlimited Calls.

10gb besar tu. Walaupun split kepada dua weekend dan weekday tapi masih mengecewakan. Yes, mengecewakan.

Semalam dapat mesej notification kali kedua pada bulan kedua, saya guna Plan Celcom First ni sudah 3 bulan.

Baru 10 hari renew data plan akan dapat mesej menyatakan penggunaan data sudah exceed 70% dan bila sudah hampir 15-20 hari akan dapat pula mesej exceed quota limit. WTF???

Semalam saya up status ni, dan 11 orang dari friendlist saya di Facebook memberi respon. Mereka juga ada pengalaman yang sama. So, memang terbukti Celcom Penipu.

Kenapa Saya Berani Kata Plan Celcom First Pembohong?

Saya gunakan 3 nombor handphone dari 3 provider yang berbeza. Saya langgan Digi Unlimited 75 (my main and personal number), Umobile Prepaid (for my business usage – takaful, unit trust, t-shirt and m-prolabs) dan Celcom First (office number).

Umobile saya langgan UMI30 yang berikan 5gb data sebulan (2.5gb data + 2.5gb video-onz + 1gb free setiap bulan). Video onz tu saya pun tak tahu tak pernah guna pun. Dan ini adalah yang paling aktif sebab saya gunakan untuk bisnes saya disini, Facebook, whatapps dan update blog juga. Dan jarang sangat penggunaan exceed quota setiap bulan.

Digi pula saya gunakan lebih kepada family dan kawan kawan rapat. Ini adalah main line saya. Ada juga gunakan untuk Facebook tapi tak seaktif no Umobile.

Manakala, Celcom adalah no yang paling tak aktif. Guna hanya untuk group whatapps ofis dan call berkaitan kerja. Facebook memang jarang sangat. Tapi data setiap bulan habis. Data paling besar di beri tapi yang paling cepat habis.

Dan weekend pula jarang sangat guna data almost of time memang guna wifi.

Lagipun dari komen kawan kawan di Facebook, saya nampak Celcom buat macam ni sebab mereka nak duit, bukan utamakan pelanggan setia mereka. Yup, mereka nak pelanggan dia max-up data setiap bulan. Jadi mereka dapat extra money.

Lagipun, memang Celcom dan Maxis antara provider yang mengenakan caj yang mahal untuk servis mereka.

Fikir-fikirkan…

Buat kawan-kawan yang berfikir nak ambil Plan Celcom First fikir semula lah. Boleh pertimbangkan provider lain.

Yup mungkin Digi atau Umobile coverage dia tidak meluas seperti Celcom dan Maxis tapi at least tak menyakitkan hati.

Sometimes, is good to lost connection with data. Hahahah… Get the real life bro.

PS: No Umobile mungkin akan di convert ke provider yang dengarnya sudah dapat syariah compliance.

PS2: Saya tak dapat upah untuk up entri ini dari mana-mana pihak.

Fahami Kompenen Kereta Anda Dan Elakkan Ditipu 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 71 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Plan Celcom First Pembohong….”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge