Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri Ini Cara Penyelesaian nya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Selepas beberapa tahun berbakti pada diri aku, kira-kira 7 tahun berjasa Alarm Kereta Toyota Vios 2007, 1st gen Toyota Vios mula meragam. Rasa pun dah lama tak tukar bateri remote alarm.

Ketika turun melawat kawasan masa nak lock kereta tetiba remote tak berfungsi, berkali kali tekan baru memberi respons. Alhamdulillah.

Dua hari selepas itu sekali lagi dia buat hal, time nak unlock kereta tak boleh sampai ke sudah. Panik juga… Dah la malam. Mana aku nak cari bateri remote tengah malaam ni.

Vios 2007 kesayangan ku

Vios 2007 kesayangan ku

Selepas dua kali kena aku dah mula serik. Esoknya sempat pergi ke kedai di Seremban masa lunch aku pergi tukar bateri remote alarm kereta sekali. Kereta Vios model aku menggunakan Cobra Alarm System. Rasanya Kereta Honda tahun yang sama juga menggunakan sistem yang sama.

Ingat selepas tukar 2 biji bateri segala masalah telah selesai.

Rupanya tidak, Sabtu dan Ahad pada minggu itu kereta aku tersadai dua hari di parking kerana remote tidak berfungsi.

Dalam kepala otak mula membayangkan kepingan wang kertas yang bakal hangus dek kerana Alarm kereta yang dah rosak.

Bertenang seketika, lantas aku mencari sedikit info mengenai Cobra Alarm System. Rupanya bukan aku sahaja yang kena. Ramai pengguna telah kena masalah ini alarm kereta tak berfungsi selepas tukar bateri.

Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri Ini Cara Penyelesaian nya

Cobra Alarm System

Cobra Alarm System

  1. Tengok pada remote alarm ada dua button. Yang besar adalah button A dan yang kecil adalah button B.
  2. Duduk dekat sebelah pemandu dan serapat mungkin dengan pintu kereta.
  3. Tekan button A dan B dengan serentak dalam masa beberapa saat dan perhatikan akan ada kerlipan LED warna merah secara amat laju. Tekan hingga kerlipan LED itu berhenti.
  4. Tekan button A sebanyak dua kali. Tengok sama ada alarm kereta anda berfungsi atau tidak. Alarm saya berfungsi, Alhamdulillah.
  5. Kalau tidak berfungsi mungkin kena cuba kaedah lain atau kena hubungi pihak Cobra untuk bantuan.

Harap ia dapat membantu penguna lain.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Jika saya ditanya penting ke floor trap? Jawapan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pertamanya, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham
Posted with WordPress for BlackBerry.
(Visited 7,040 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  1. macam saya vios jgk..tp remote jenis yg lg satu 2..bile pkai method ni xboleh jgk…cmne nk buat ek..kereta xboleh buka lgsung ni..

  2. Alhamdulillah dari pagi kete leh hidup…pergi tukar bateri terus tak on alarm….Syukur sangat2 jumpa tips ni…kali pertama tak berhsil….cuba kali kedua terus boleh on alarm….kete boleh start….syukur sangat …Moga Allah memberikan kebajikn pada tuan yg menulis tips ini…

  3. Alhamdulilah. Terima kasih Tuan Daddydee. Nak cerita sikit.. Kelmarin bateri remote kunci triton saya tak berfungsi, jd sy tukar batri remote. Sy fikir dah ok rupanya masi lagi tak berfungsi itu alarm remote so tak dpt nak lock kereta. Jd sy buat apa yg tuan daddy inform ni, sy cuba reset la tekan A dan B bbrp saat. Pastu tekan A. Dah boleh lock dan unlock. Alhamdulilah skill ni boleh buat dgn triton saya.